Program menunggang jelajah selatan Thailand telah di rancang 2 bulan lepas.Pelbagai ujian dan kriteria di lakukan kepada ahli yang berminat untuk menyertai program.Seramai 8 orang ahli yang berjaya melepasi pelbagai tapisan yang di lakukan. Demi memastikan program berjalan seperti yang di rancang,kesihatan ahli yang terpilih menjadi keutamaan.
Presiden VeXcom,En Shah,Selaku ketua program menegaskan,penjelajahan ke selatan Thailand sengaja di mulakan pada waktu malam.Ini bagi melatih ahli yang terlibat dalam beberapa aspek,antaranya ialah ketahanan mental,sikap berkerjasama semasa menunggang terutama di waktu malam dan menguji keupayaan motosikal masing-masing dengan jarak perjalanan sejauh 1,700km.
Acara pelepasan telah diadakan di Ibu Pejabat Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) di Glenmarie,Shah Alam oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, Hj Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya.Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengurus Besar dan Pengarah KMSB Datuk Jeffrey Lim serta ahli grup VeXcom serta ahli grup Malaysia Green Versys (MGV).
Faisal Zakaria atau lebih mesra di panggil Fai, merupakan perancang penjelajahan ini.Menurut beliau,grup VeXcom akan mula memasuki Thailand melalui pintu masuk di Wang Kelian. Perjalanan selama 4 hari akan melalui beberapa daerah iaitu Krabi,Haadyai dan berakhir di Betong.
No comments:
Post a Comment