Mengeselkan lutut ke jalanraya sering jadi kebanggaan buat ramai penunggang motosikal,terutama ketika di dalam litar berpakaian lengkap seperti seorang pelumba. Anda tidak akan dapat melupakan kali pertama slider lutut bergesel dengan jalanraya. Jangan terkejut, bukanlah semua penunggang motosikal berjaya melakukannya. Tester, akan berkongsi beberapa langkah yang betul bagi memenuhi impian agar berjaya mengeselkan lutut ke jalanraya dengan selamat.
Perlu di ketahui :
1: Dapatkan kedudukan yang betul
Kedudukan pertengahan badan. Kedudukan yang ideal berdasarkan arah mana hendak mengambil selekoh,andai selekoh tersebut di sebelah kiri,maka paha di sebelah kanan mestilah rapat dengan tangki dan lutut menghala ke depan. Bahagian atas badan anda harus bergerak ke hadapan tangki dan sudut pertengahan kepala dan bahu anda harus mengawal motosikal dengan bengkok lengan kiri dan lengan kanan lurus. Kedudukan kaki adalah penting, kaki kiri hendaklah di tarik ke belakang sedikit sehingga berada di hujung pemijak,sementara kaki kanan mesti seperti biasa di atas pemijak. Banyak penunggang berjaya mencecahkan lutut mereka ke tanah, sebenarnya jika kedudukan badan anda betul cecah atau tidak lutut ke tanah bukan satu kemestian.Janji kedudukan anda betul semasa mengambil selekoh.Tindakan yang sama harus diambil sekiranya mengambil selekoh di sebelah kanan.
2: Tetap bertahan
Ini berlaku apabila Anda kembali menegakkan motosikal terlalu cepat setelah merasakan terlalu maksima mengambil selekoh dan bakal terbabas di hujung selekoh. Perasaan sebegini harus di lawan dan tindakan yang sebetulnya adalah ,Anda teruskan bergantung kepada motosikal selama mungkin sehingga keluar dari selekoh.
3: Pastikan pendikit ditutup
Penunggang sering memecut apabila memasuki selekoh , namun ketika memasuki selekoh pendikit harus lah di tutup atau menahan pendikit,jangan memecut sehinggalah Anda memerlukan untuk sedikit pecutan ketika berada dalam selekoh. Motosikal akan menjadi mudah untuk di kendalikan dengan pendikit di tutup semasa memasuki selekoh.
4: Tindakan di dalam selekoh mesti pantas
Mengambil selekoh dengan pendikit tertutup, bermakna kelajuan di selekoh akan dapat di rasai,tindakan menukar dari gear tinggi ke gear rendah harus di lakukan.Dan pemilihan gear yang sesuai adalah satu tips yang membantu anda bersesuaian dengan selekoh. Jika anda dapat menguasai semua langkah-langkah ini, Tercapailah impian untuk mengeselkan lutut di jalanraya dalam masa yang singkat.
Rumusan Langkah Di atas :
1.Hujung kaki di mana arah selekoh ingin di ambil mesti di tarik ke belakang,kaki sebelah lagi letak di atas pemijak seperti biasa.
2.Punggung mesti di luar kusyen tempat duduk.
3.Lengan disebelah dalam lembut dan siku di arahkan ke tanah.
4.Lengan sbelah lagi mesti lurus, seolah-olah menolak motosikal dari Anda.
5.Tunduk ke depan dan gerakkan kepala ke arah selekoh yang ingin di masuki kiri atau kanan.
6.kepala dan bahu di gerakkan ke arah selekoh,maka lebih mudah untuk realisasikan impian mencecahkan lutut ke jalanraya.
Peringatan ;
Anda perlu mendapat bimbingan dan latihan praktikal dari penunggang yang berpengalaman.
Artikel ini sekadar asas dalam membantu merealisasikan impian anda.
No comments:
Post a Comment