Search This Blog

Thursday, October 18, 2018

MotoGP: Honda ingin tahu kekuatan Ducati dari Lorenzo  



Walaupun Repsol Honda dan Marc Marquez berada di ambang untuk merangkul gelaran kelima MotoGPnya, Namun Ducati dianggap sebagai motosikal serba terbaik di litar, dengan tiga kemenangan masing-masing untuk Lorenzo dan rakan sepasukan Andrea Dovizioso.

"Lorenzo adalah juara, dia telah menunggang motosikal yang berbeza pada masa lalu dan dia sentiasa pantas, jadi saya fikir dia boleh menyesuaikan diri dengan motosikal kami," kata Takeo Yokoyama Teknikal Manager HRC.

"Saya ingin mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Lorenzo tentang kekuatan Ducati, serta apa komen tentang keupayaan Honda" Takeo Yokoyama yang mengharapkan kenyataan dari bakal pelumba Repsol Honda di musim 2019.

Beralih ke mesinnya sendiri, jurutera Jepun itu menjelaskan, Honda akan membuat perbezaan reka bentuk kecil untuk membantu Lorenzo di musim depan.

Yokoyama mendedahkan bahawa salah satu keraguan utamanya adalah kekurangan kestabilan RCV.Beliau bimbang jika Lorenzo terpaksa berhempas pulas untuk menstabilkan motosikal tersebut bagi mencapai kelajuan maksima.

"Marc Marquez sentiasa memberi petunjuk serta tahap keupayaan maksima motosikal, Berbeza dengan sesetengah penunggang akan merasa tidak selesa jika sesuatu berlaku pada motosikal terutama kestabilan,tetapi tidak pada Marc Marquez.Beliau akan mencuba sedaya mungkin, ini satu inspirasi bagi kami menambahbaikan jentera Honda" tegas Yokoyama.





No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...