Search This Blog

Thursday, October 18, 2018

TEAM SUZUKI ECSTAR- Bawa 3 Rider ke Motegi



GP Jepun akan menjadi perlumbaan seterusnya untuk Team SUZUKI ECSTAR, Kali ini pasukan Suzuki Ecstar membawa bersama pelumba Wild card mereka iaitu Sylvain Guintoli bagi melengkapkan pasukan Suzuki bersama Andrea Iannone dan Alex Rins.

Perlumbaan kai ini di jangka akan menjadi lebih hebat.Ini kerana Ibu Pejabat  Suzuki tidak jauh dari litar.Sokongan padu dari pekerja kilang Suzuki akan menyemarakkan lagi pasukan.Peluang keemasan bagi jurutera Kilang Suzuki untuk melibatkan diri serta melihat dari dekat tugas krew pasukan Suzuki Ecstar.

Litar Motegi diakui yang terbaik untuk GSX-RR, memandangkan hasil yang diperoleh dalam beberapa tahun kebelakangan menghampiri podium. Keputusan yang dihasilkan oleh Andrea Iannone and Alex Rins di beberapa perlumbaan baru-baru ini adalah satu petanda positif, yang mungkin memberi kejutan kepada peminat Suzuki di MotoGP Jepun.

Perlumbaan sebanyak 24 pusingan, di litar Twin ring Motegi dengan jarak keseluruhannya 115.2km dengan 6 selekoh di sebelah kiri dan 8 selekoh di sebelah kanan bakal menyaksikan satu sejarah.Litar yang menentukan samada Marc Marquez akan di nobatkan sebagai Juara MotoGp 2018 atau harus menunggu di pusingan berikutnya.

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...