Search This Blog

Monday, October 1, 2018

2019 - Yamaha Tracer 700GT diumumkan





Seperti yang "Tester" katakan,industri motosikal sungguh laju,belum hadam tentang motosikal yang baru di viralkan,kini timbul lagi model terbaru.Pengeluar motosikal dari Jepun sememangnya bersaing sengit sesama sendiri.

Terkadang dapat dilihat pengeluar motosikal dari Eropah dan USA ketinggalan dalam menghasilkan model motosikal terkini.Namun tidak kepada pengeluar motosikal dari Jepun.



Terbaru, Yamaha telah mendedahkan  Tracer 700 yang popular dan menerima speksifikasi GT untuk 2019. Antaranya melibatkan skrin turbo, kerusi berlapis lembut serta luas dan selesa. Juga satu set side box 20 liter yang sepadan dengan warna.



Enjin berkapasiti 689cc, silinder berkembar selari, enjin silang, dipinjam dari MT-07 ,  tangki bahan api 17 liter (walaupun lebih kecil daripada standard 700), motosikal ini teramat sesuai untuk tunggangan jarak jauh ,


Model ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna; Phantom Blue, Tech Black and Nimbus Grey.


Maklumat lanjut akan kami berikan setelah selesai pameran Intermot  di Cologne.

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...