Warna baru dengan daya tarikan tampak bergaya bersesuaian dengan prestasi Afrika Twin. Kesesuaian model ini bagi tunggangan di pelbagai keadaan,menjadikannya motosikal pilihan yang tepat.
Motosikal kembara kebangaan Honda dengan enjin berkembar serta disejukkan cecair 998cc yang menghasilkan 94hp pada tahap 7,500 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 6,000 rpm. Dipasangkan dengan casis dan bodywork yang kuat. tunggang lah ke mana destinasi yang di hajati,pastikan anda fokus pada tungganggan dan Honda Afrika twin menjanjikan kepuasan.
Pilihan warna baru ini tersedia untuk model Honda Standard Twin yang ditawarkan dalam dua varian berbeza; Penghantaran Manual dan DCT (Dual Clutch Transmission). Bagi model Adventure Sport, varian Tricolor masih boleh dibeli.
No comments:
Post a Comment