Modifikasi jentera di dunia pengubahsuaian adalah perkara yang semulajadi. Pelbagai reka cipta dapat di lihat, penuh berinovasi dan kreativiti.Tidak menjadi satu perkara ajaib mutakhir ini kalau motosikal boleh bercakap,kenali pemilik,malahan mampu bergerak sendiri tanpa penunggang.Semua sudah terbukti.
Tetapi itu semua dianggap normal, tetapi apa yang berlaku jika jentera perang di adoptasikan kepada motosikal. Apatah lagi sebuah jentera yang berat dan kebal.Pelik bukan.
"Katharina die Grose." Sebuah motosikal yang dihasilkan melalui jentera perang.Jangan terkejut motosikal ini beratnya mencecah 4.7 tan.
Rekod Dunia Guinness pada 2007 secara sah di pegang oleh motosikal ini.
Rekod motosikal paling berat di dunia.
Pencipta motosikal ialah seorang pengubah Jerman, Tilo Niebel dan Wilfried Niebel dari syarikat Harzer Bike-Schmiede. Motosikal ini juga di kategorikan sebagai "Motosikal Paling Buruk Di Dunia"
No comments:
Post a Comment