Search This Blog

Tuesday, October 16, 2018

Ducati V4 tampil di Brands Hatch


Ducati V4-R membuat penampilannya pada perlumbaan akhir Bennetts British Superbikes akhir minggu lepas di Brands Hatch, di mana pelumba MotoGP, Michele Pirro menyempurnakan ujian beberapa pusingan .


Ini adalah kali pertama V4-R muncul di depan umum, sebelum model pengeluaran akan diumumkan pada bulan depan di EICMA. Versi  V4-RS, telah lengkap mengikut speksifikasi World Superbike beserta Magnetti Marelli elektronik dan fairing untuk perlumbaan.


Mesin ini mempunyai enjin 1000cc berbanding dengan versi 1103cc model V4 untuk kegunaan di jalan raya. Tindakan yang sedemikian terpaksa di lakukan pada Versi V4-RS kerana mematuhi peraturan WSBK.


Enjin menampilkan klac kering dan fairing yang besar, dimensi yang sama seperti model Desmosedici GP."Konsep motosikal hampir sama dengan motosikal MotoGP,"


"Dalam beberapa bulan akan datang Ducati akan menggunakan motosikal ini. Chaz Davies akan menjalani ujian pertamanya dengan V4-RS pada ujian di Aragon bulan depan dan rakan sepasukan Alvaro Bautista pula dua minggu selepas tamat musim MotoGp di Jerez.



Pelatih BSB's Becer Ducati, Josh Brookes dan Scott Redding, akan merasai pengalaman dengan motosikal ini di Jerez pada hujung bulan november nanti.








No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...