Search This Blog

Tuesday, October 16, 2018

Mengapa supercar & superbikes begitu RUMIT untuk memandu di India


Pertumbuhan India sebagai kuasa ekonomi telah menyaksikan lebih ramai orang India mampu memiliki supercar berkuasa dan superbikes. Terdapat lebih banyak orang di India yang memandu supercar pertama dan menunggang superbike hari ini berbanding sebelum nya. Walau bagaimanapun, memandu supercar atau menunggang motosikal berkuasa tinggi bukan paling mudah untuk kebanyakan orang terutama di India. Mengapa?

Berikut adalah 10 sebabnya;

Memandu Tata Nano tidak sama seperti memandu kereta Lamborghini



Di India, sesiapa sahaja boleh membeli supercar atau superbike dengan lesen biasa walaupun tidak memiliki kemahiran untuk mengendalikan kenderaan berkuasa tinggi ini.

Di negara-negara lain kenderaan berkuasa tinggi seperti superbikes perlu mendapatkan lesen memandu yang berbeza, pemilik mendapat latihan untuk mengendalikan tunggangan. Proses semacam ini sepatutnya berlaku di India. Bagi memudahkan pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang baru dapat mengendalikan kenderaan mereka secara rasional.


Kekurangan Kesedaran

Selain daripada kekurangan piawaian pelesenan khas. Isu kekurangan kesedaran pada pemilik baru supercar dan superbike. Kebanyakan tidak menyedari iaitu kemahiran diperlukan untuk mengendalikan kenderaan berkuasa seperti itu.Bagi mereka cukup sekadar tahu memandu atau menunggang,terus ke jalanraya dan memecut.Antara sedar dengan tidak setiap pengakhiran, tanpa latihan untuk mengendalikan tindak balas kenderaan berkuasa mereka, akan berakhir dengan air mata.


Jalan raya India, halangan di luar jangkaan



Supercars dan superbikes bukanlah kenderaan paling mudah untuk di kawal dan mampu mencapai 100km / j dalam masa 4 saat. Jalan-jalan di India adalah jalanraya dengan halangan yang tidak dijangka. Kawanan lembu boleh melintas tanpa di jangka.Malang tidak berbau,andai Anda sedang memecut.Bagi pemandu Supercar sudah tentu langgar terus,tapi apa terjadi kepada penunggang Superbike,pastinya 2 pilihan iaitu terjun dari motosikal atau langgar.


Supercar mempunyai  penglihatan belakang terbatas

Supercar dibina untuk kelajuan dan kebanyakannya mempunyai sayap belakang besar atau tingkap belakang yang sangat kecil kerana semua aero tambahan atau penyejukan yang diperlukan untuk enjin yang berkuasa. Tempat duduk agak rendah dan tingkap sisi kecil tidak dapat membantu pengelihatan dari sisi kenderaan superb ini. Situasi di India berbeza, sikap pemandu lain keluar entah dari mana-mana,langgar trafik light serta tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Mungkin pada Supercar atau Superbike sistem brek cukup bagus dan mampu membrek dengan tepat,tapi bagaimana dengan kenderaan di belakang.Di pendekkan cerita Supercar dan Superbike secara automatik menjadi mangsa.


Kekurangan trek untuk menguji Supercar/Superbike



Kedua jenis jentera berkuasa ini tidak dapat di uji kemampuan sebenarnya. Malangnya, trek perlumbaan India tidak sesuai bagi kedua jentera ini.. Kecuali untuk Litar Antarabangsa Formula Satu Buddha di Greater Noida dan beberapa trek di Tamil Nadu. Jadi pemilik kedua jentera berkuasa tinggi di India tidak mempunyai banyak pilihan untuk menguji potensi sebenar superbike dan supercar mereka serta berlatih untuk mengendalikan.


Kurangnya kemudahan latihan yang mencukupi



Terdapat banyak pemilik di India yang cuba mengasah kemahiran memandu atau menunggang di jalan raya,meskipun mengundang padah kerana ianya melibatkan pengguna jalanraya yang lain. Supercar dan Superbike sememangnya jentera yang berkuasa,tanpa latihan yang betul, kemalangan boleh berlaku.


Penguatkuasaan undang-undang yang lemah di India



Penguatkuasaan yang di cabar serta ketakutan terhadap penguatkuasaan adalah amat tipis. Dengan Pemilik superbike dan supercar tidak takut ditangkap oleh polis.Terdapat banyak kes pemandu supercar  dan penunggang superbike kehilangan nyawa akibat hilang kawalan pada kelajuan yang sangat tinggi dan menyalahi undang-undang.


Terlalu banyak ggangguan kepada pemilik supercar dan superbike



Supercar dan superbike ,jentera yang jarang dapat dilihat di jalan India. Sudah tentu apabila kelibat jentera ini kelihatan,maka tumpuan serta menjadi satu temasya pada yang melihat kenderaan canggih ini. Pelbagai cara pada mereka yang baru pertama kali melihat kenderaan in,ada yang ingin menyentuh,begambar dan tak kurang juga yang cuba melihatnya dari dalam. Pesta sebegini menyusahkan pemilik kenderaan hebat tersebut.  Pemilik kereta dan motosikal eksotik ini ,tidak dapat lari dari risiko kes langgar lari oleh pengguna jalanraya yang tidak bertanggungjawap.


Orang ramai selalu menyalahkan pemilik superbike / supercar



Ada kes kenderaan biasa mencelah secara tiba-tiba di depan supercar  mahupun superbike. Jelas mereka yang bersalah bersalah, namun kesalahan tersebut di tujukan kepada pemilik supercar atau superbike. Juga pernah ada kes pemilik supercar dan superbike di hina,di serang oleh mereka yang melihat kenderaan hebat ini.


Had Kelajuan Rendah



Satu lagi faktor yang menjadikannya sangat sukar untuk memiliki sama ada supercar atau superbike di India adalah batas kelajuan sebenar negara India. Jalan raya India semakin bertambah dan semakin luas dan kereta-kereta semakin laju tetapi hakikatnya,had laju di kebanyakan jalan raya India kelihatan seperti zaman British. Demi keselamatan isu tersebut adalah wajar,tetapi pada supercar dan superbike kelajuan 40 kmj sesuatu yang sangat sukar serta tidak munasaabah.







No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...