Shell Malaysia dan GOCAR Malaysia dalam visi dan misi memberikan perkhidmatan lebih mudah kepada pengguna telah memeterai kerjasama dengan menyediakan perkhidmatan perkongsian kereta di 100 stesen minyak Shell terpilih di Semenanjung Malaysia iaitu Lembah Klang,Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Pengguna boleh melakukan tempahan menerusi aplikasi GoCar yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play Store.Lokasi untuk mengambil kereta GoCar terletak kepada pengguna berdasarkan stesen Shell yang terpilih.
Shell Malaysia dan GoCar ada menyediakan promosi eksklusif bermula 16 Oktober hingga 15 Disember di 30 stesen Shell terpilih.
Diskaun tempahan GoCar adalah 50 peratus.RM30 diskaun belian minimum RM5 bagi semua item,namun tidak ada penawaran diskaun untuk top up Touch n Go, kad prabayar dan rokok.
Minuman tin Coca Cola boleh di tebus pada harga RM1.50 apabila mengambil kereta GoCar di stesen Shell.
GoCar dan Shell Malaysia memulakan kerjasama pada April 2017 di Shell Jalan Tujuan SS18, Subang.Sebanyak 39 stesen minyak shell telah berperanan di dalam merealisasikan kerjasama ini sehingga hingga penghujung tahun 2017.
Berikut Lokasi GoCar di Stesen Shell Yang terpilih;
1.Lembah Klang (58)
2.Pulau Pinang (12)
3.Johor Bahru (30)
No comments:
Post a Comment