Search This Blog

Sunday, October 21, 2018

'MALAYSIA BOLEH' - Hafizh Syahrin buru Gelaran Rookie Of The Year 2018



Perlumbaan berbaki 3 pusingan lagi sebelum MotoGP melabuhkan tirai 2018. Setelah menamatkan 16 perlumbaaan, Hafizh hanya tertinggal 4 mata dari Pendahulu Rookie Of The Year 2018, Franco Morbidelli.


Selaku anak Malaysia yang menempa nama di kejohanan MotoGP, kita masih berbangga dengan pencapaian Hafizh di Motegi, berjaya mendapat tempat ke 10. Keputusan di Motegi,membuatkan Hafizh telah berjaya mengumpul keseluruhan 34 mata serta berada di kedudukan ke 17 keseluruhan.



Persoalan adakah Hafizh mampu untuk menewaskan Morbidelli?  'MALAYSIA BOLEH' Prinsip yang tersemat di setiap sanubari Anak Malaysia yang menyertai kejohanan peringkat Antarabangsa. ' Dorongan Isteri dan keluarga serta peminat, menyemarakkan lagi semangat HAFIZH untuk memburu kejayaan.


Kecemerlangan yang dipamerkan dalam dua perlumbaan pada bulan ini.Membuktikan kemampuan dan kesungguhan Hafizh dalam mengejar gelaran Rookie Of The Year 2018.






No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...