Search This Blog

Monday, October 1, 2018

MADBOXER: Motosikal Mengunakan Enjin SUBARU WRX




Dalam dunia modifikasi, membina  adalah tugas yang rumit dari merancang.apatah lagi idea meletakkan enjin kereta pada badan motosikal.

Tetapi bagaimana jika enjin kereta, di gunakan oleh motosikal. Tester sempat mengendap idea gila yang di lakukan oleh seorang warga New Zealand ,Marcel Van Hooijdonk  mewujudkan jentera 'Madboxer' yang luar biasa ini.


Madboxer, nama yang unik telah 'dibina' selama lebih dari lima tahun. "Semuanya bila Marcel di cabar oleh pasangan di Aussie,yang berbunyi "Konsep Motosikal Berkuasa Subaru".


Enjin  merupakan kunci pembinaan ini, Marcel mempunyai beberapa pilihan. Enjin Subaru yang paling mudah didapati di New Zealand adalah siri EJ   berkapasiti antara 1.5 hingga 2.5 liter.


Projek di mulakan,setelah mendapat kebenaran daripada badan kawal selia yang meliputi semua kenderaan yang diubah suai di New Zealand iaitu Persatuan Teknikal Kenderaan Volum Rendah (LVVTA).


Lukisan menggunakan kaedah AutoCad di lakukan demi mengatur kedudukan seperti casis,hendal bar.Menurut marcel projek tersebut bukanlah mudah dan mesti di lakukan dengan teliti.


Tangki minyak dari motosikal Kawasaki, roda di beli dari NZ TradeMe setara eBay, dan unit twin-turbo yang lebih kecil dari Subaru Legacy.Itu yang terdapat di Madboxer.Kacukan terbaik.


Marcel  telah mengubah suai dari transmisi automatik kepada pemacu  gunakan rantai,bertujan mendapatkan kuasa pada roda belakang.


Seperti motosikal "automatik" lain, Madboxer tiada penuil kaki,penukaran gear hanya melalui butang terletak pada hendal. Brake seperti skuter, dengan lever terpasang di  hendal bar.Sistem brek menggunakan dari jenama  Buell.


Madboxer dengan berat 313.5kg, terlalu berat bagi  motosikal standard. Namun dengan enjin boxer, Sebahagian besar berat motosikal tersorok di dalam casis  yang rendah.


Dengan  tork yang cukup tinggi, Madboxer pasti akan terbang di jalan ketika ditunggangi. Dan ianya kebangaan Marcel, impian menjadi kenyataan

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...