Search This Blog

Sunday, July 15, 2018

WANITA SAHUT CABARAN -2ND KTM ORANGE ENDURO



Pusingan ke 2  KTM Malaysia Orange Enduro cukup hebat.Litar Sg Buaya ,Rawang menguji mental,kecekapan dan pengalaman Off Road setiap peserta .Pusingan 1 litar di Sg Petani dikategorikan agak mencabar,Namun cabaran ternyata lebih hebat lagi di pusingan ke 2. Halangan yang berbukit serta berhutan dengan jarak hampir 4km terpaksa dirempuhi oleh peserta demi mencapai kemenangan.
Strategi KTM Malaysia menganjurkan acara Orange Enduro selain menyerlah kemampuan jentera Off Road keluaran KTM,Namun ianya juga memberi peluang kepada semua peminat enduro untuk mengasah kemahiran mereka disamping menegahkan bakat baru ke depan.
Orange Enduro ditaja ini oleh Elf Lubricants (sebagai penaja utama),Gracshaw Helmets, Shizens Skincare (Gabit adalah duta produk), Percetakan EDT, Percetakan Hero Korporat, Forca Energy Drink dan Holeshot Motowear.
Peserta boleh memilih untuk menyertai beberapa kategori: CKD, Terbuka Veteran, Terbuka Cubcross dan KTM Enduro.Namun di litar Sg Buaya,2 kategori baharu iaitu Enduro Wanita dan Rali Dual-Purpose (Dwi-kegunaan) iaitu untuk motosikal kembara kapasiti yang lebih besar diperkenalkan.



Dwi-Purpose(Dwi-Kegunaan) adalah acara baru, bertujuan agar para pelumba atau pemilik menguji motosikal mereka dalam persekitaran yang kompetitif.Enduro Wanita satu kategori yang mendapat tepukan hangat dari penonton yang setia sepanjang hari di litar.Kawalan motosikal,keberanian dan melepasi halangan tanpa sebarang insiden itu yang ditunjukkan oleh peserta Enduro Wanita walaupun acara tersebut diperuntukkan masa selama 15 minit.












Idea KTM Malaysia dalam penganjuran acara Orange Enduro dan penyebaran maklumat oleh media massa memperlihatkan tanda-tanda positif dengan kehadiran muka baru menyertai pertandingan dipusingan ke 2.Disamping memberi peluang bagi penunggang off-road / enduro / dualpurpose untuk menguji jentera mereka dan diri sendiri.





                                             




Melihatkan kepada sambutan acara KTM Malaysia OrangeEnduro 2018 dijangka menjadi salah satu acara terbesar KTM Malaysia tahun ini

                                                                             






                      

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...