Search This Blog

Wednesday, July 11, 2018

REKA BENTUK TIDAK BERTUAN




Sebuah Motosikal Paling Unik Di Dunia.

Walaupun sedikit perbezaan di sana sini, majoriti reka bentuk motosikal mengikuti formula estetik yang sama. Sepanjang beberapa dekad yang lalu, perbezaan yang nyata penampilan motosikal lebih ramping demi memastikan Aerodinamik memenuhi kehendak pengguna.Tetapi Model Ronin 47 tidak seperti itu. Suka atau tidak, Ronin 47 adalah motosikal yang mengubah apa yang selama ini di miliki oleh model dua roda moden.Model ini sudah tentu menjadi tanda tanya,adakah dibawa masuk ke Negara kita? Soalan ini akan saya jawab di pengakhiran artikel ini.






Kenapa Ronin Berketerampilan Unik?

Al-Kisah Ronin 47. Apabila Harley-Davidson menutup Buell pada tahun 2009 terdapat motosikal Buell 1125 yang tidak terjual. Pada masa itu, Magpul, yang paling terkenal sebagai majalah Senjataapi dan Jualan Alatganti telah mereka cipta "RONIN" sebagai motosikal Konsep untuk dipertontonkan dipertunjukan Pameran Perdagangan. Reaksi terhadap Motosikal itu sangat positif dari Mike Mayberry, salah seorang pemilik Magpul.Beliau telah membeli 50 Buell 1125 dari seluruh Amerika Syarikat. Akhirnya, Magpul berhijrah ke sebuah syarikat baru, Ronin Motorworks dan hingga ke hari ini,Ronin 47 tidak berubah dari reka bentuk konsep awal.

Walaupun berdasarkan Buell 1125, ini bukanlah satu kosmetik yang direka baru . Perubahan kepada pemetaan bahan api telah dilaksanakan kerana pengubahsuaian kepada sistem ekzos dan Intake. Fork teleskopik standard telah digantikan dengan reka bentuk dalaman dipasang di tengah-tengah. Subframe telah diubah suai dan hampir keseluruhan sistem elektrik telah ditukar dan diganti.

Ronin mempunyai fork yang direka untuk meningkatkan ciri pengendalian Casis.Walaupun tidak jelas pada mulanya, tayar bergerak di sepanjang jalan yang sama seperti fork teleskopik konvensional walaupun dinaikkan 13 mm ke atas.  Satu kelebihan untuk reka bentuk ini melalui fork teleskopik ialah penggantungan dengan mudah dapat diselaraskan melalui mono-shock yang membolehkan pelarasan yang lebih baik mengikut keadaan jalan raya. Fork bersifat gabungan juga memberikan Ronin sikap agresif yang sesuai dengan Estetika keseluruhan motosikal.

Sekali pandang ia adalah jentera 2 roda yang menarik. Tetapi bukanlah sebuah motosikal yang cantik.Pertama kali saya melihat secara berdepan,buntu idea untuk membuat perbandingan dengan motosikal yang terdapat dipasaran.Berbeza dan sungguh unik. Terdapat tidak kurang daripada 11 bahagian aluminium, ditambah dengan cermin kiri kanan di hendal yang direka khas, lampu serta bahagian ekor.Fantastik dan sentuhan cukup bagus.


SISTEM PENYEJUKAN HADAPAN & LAMPU DEPAN

Enjin Rotax berprestasi tinggi menghasilkan banyak haba, cukup untuk mendidih bahan bakar dalam bingkai.Sistem penyejukan Ronin adalah paling utama.Radiator diletakkan di depan,  kedudukan sama dengan aliran udara untuk memaksimumkan penyejukan.Melalui banyak prototaip, ujian, dan reka bentuk,penyejukan yang cekap dengan teras radiator tunggal membantu mengurangkan berat keseluruhan bahagian depan. Sebuah tangki limpahan radiator bersepadu tersembunyi di dalam kaki fork sebelah kiri.



KUNCI 

Motosikal Unik,maka Kuncinya pun Unik.Cip RFID yang terdapat pada Kunci apabila ditekan membolehkan komputer Ronin dan sistem elektrik dikuasakan.motosikal tanpa kunci,bermaksud kuncinya sentiasa dalam poket Penunggang samada semasa menunggang mahupun tidak.ringkasnya dipanggil Keyless.

Meter

Tachometer Ronin dan speedometer ditempatkan di dalam nacelle steering aluminium. Instrumen paparan analog untuk tachometer dan paparan digital untuk kelajuan,  Suhu, voltan dan perbatuan.Tuas sampingan klac menempatkan butang hon dan suis 4-cara pemilihan pembacaan pada paparan digital bersama-sama dengan operasi lampu dan signal. Butang menghidupkan dan mematikan enjin adalah sama serta terletak pada tuil sisi brek.




Tempat Duduk

Kerusi atau tempat duduk adalah polimer yang memberikan ketahanan dan optimum ke sub-frame.Canggihnya tempat duduk model Ronin ialah tempat duduk atau kerusi tersebut dijahit menggunakan tangan.



LAMPU BELAKANG

LED dan cukup terang. Keseluruhan unit lampu belakang terletak di dalam dua keping,sarung penahan polikarbonat telah dipasang.



Enjin

Ronin telah disesuaikan untuk mencapai keseimbangan optimum kuasa, kemampuan menunggang dan prestasi enjin.Pemetaan bahan api baru diperlukan kerana Ronin berbeza daripada Buell 1125 disebabkan oleh Intake dan ekzos Ronin. Penalaan juga membolehkan Ronin menjadi lebih sejuk pada RPM yang lebih rendah. mengurangkan isu terlalu.


Adakah Model "RONIN" di bawa masuk ke negara kita?


Jawapannya ada,tapi cuma sebuah saja.Kepada peminat 2 roda yang ingin melihat motosikal ini secara dekat,silalah berkunjung.-

Ke Ruang Pameran Motosikal "WOM"(World Of Motion) yang terletak:- 

Di R&R Layby 4, Lebuhraya Damansara Puchong.
Bukan setakat model "Ronin",malahan pelbagai model motosikal yang unik terdapat disana. Taip jer di Waze,jumpalah lokasi motosikal ini.








No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...