Semangat "READY TO RACE" KTM kepada penggemar motosikal Malaysia.
Sempena KTM Malaysia Orange Karnival di UTM Skudai,Johor Bahru. KTM Malaysia telah melancarkan KTM 200 DUKE MY18.
KTM 200 Duke merevolusikan pasaran kapasiti kecil apabila diperkenalkan di Malaysia 2013, menjadi motosikal sub-250cc yang paling banyak dilihat di jalan-jalan tempatan.
Sejak diperkenalkan,jualan diluar jangkaan serta berjaya menarik minat dan menonjol bagi semua peringkat.
Namun KTM bukan sahaja tentang reka bentuk dan gaya revolusi, malahan dalam banyak cara, KTM 200 DUKE mula memperkenalkan semangat "READY TO RACE" KTM ke negara ini.
Intipati KTM DUKE 200 masih tetap kuat dan kini bersedia untuk rupa yang berkembang.
Pelancaran KTM 200 DUKE MY18 merupakan acara khas kepada Karnival Jingga KTM Malaysia.
KTM 200 DUKE MY18.KTM 200 DUKE berharga RM 11,888.00
No comments:
Post a Comment