Search This Blog

Wednesday, July 4, 2018

ERTIGA KENANGAN LEBARAN


                                                     



PROTON ERTIGA 1.4 EXECUTIVE PLUS

Proton,jenama yang tidak asing bagi kami sekeluarga.Tahun 2001 kami membeli model Proton Iswara Aeroback 1.3.Kenderaan utama kami. Sudah 17 tahun namun belum pernah kecewakan kami.Seluruh semenanjung sudah dijelajahi.Aidilfitri kali ini cukup bertuah, kami ditawarkan oleh Proton untuk memandu uji kereta Kompak Pertama Malaysia yang berstatus Kenderaan Cekap Tenaga(EEV).

Agak-agak macam mana lah cekapnya?

Dengar ceritanya status tersebut disahkan oleh Institiut Automobil Malaysia(MAI).Agak lama saya tidak memandu uji kereta.Asyik dok pulas tayar dua jer.Hampir terlupa dengan segala ilmu kenderaan 4 roda.Mungkin agak terlewat saya nak bercerita tentang Proton Ertiga 1.4.Model yang keempat dan terakhir dilancarkan oleh PROTON HOLDINGS sekaligus menutup tirai keluaran proton  tahun 2016.



KEMAMPUAN "ERTIGA"

Model Ertiga,Kereta famili dengan 6 tempat duduk,bertepatan dengan kapasiti kami.

Adakah selesa? Persoalan ini akan terjawap nanti.

Enjin 1.4 VVT dengan Suntikan Multipoin(MPI) dikhabarkan menjimatkan minyak pada model Manual(MT) 5.7L/100km dan model Automatik(AT) 6.0L/100km.Dikatakan penjimatan tersebut termasuk pemanduan dibandar dan luar bandar...

Lebuhraya macam mana?

Sabar nanti saya uji...,Selama ini saya ingatkan motosikal saja yang ada sistem Ride By Wire,kereta pun ada jugak.Tapi dipanggil Drive By Wire. 
Kelaziman saya sebelum menunggang uji motosikal,begitu juga saya amalkan sebelum memandu uji kereta.Sedikit info ringkas dari staff Proton Holdings perihal "ERTIGA" sekadar panduan.Maklumlah sudah lama tidak memandu uji kereta.Pemerhatian dalaman model ini menampakkan keselesaan dan mewah. Tumpuan saya pada tempat duduk.Dekorasi serba baru,Fabrik dari jenis kalis air yang berkualiti.bermaksud ianya mudah untuk dijaga.





KEHEBATAN "ERTIGA"

Memberangsangkan kemampuan 45 liter penuh bagi kereta Famili.Kalau gitu ke Kelantan dengan pecutan 120km/j gerenti cukup.Varian 1.4 VVT Executive Plus,Model ini diberikan kepada saya untuk memandu uji disamping balik beraya di kampung.Alhamdulillah dapat lah kami 6 beranak beraya dengan kereta moden.Selama 17 tahun asyik pulas stereng manual,dapat ERTIGA yang dibekalkan dengan setereng eletrik, tangan pun hilang lenguh.Dari segi keselamatan "ERTIGA" mendapat penarafan 4 Bintang ASEAN NCAP.Dilengkapi dengan pelbagai ciri  dan pasif seperti ISOFIX dan pautan atas,2 beg udara hadapan,Sistem Brek Anti Kunci(ABS),Agihan Brek Eletronik(EBO).Tingkap kuasa boleh naik automatik anti jepit disebelah pemandu,lampu kabus hadapan dan belakang dan sensor undur.Cermin Sisi varian ini boleh dilipat secara automatik.Namun kepujian harus diberikan kepada Proton Holdings,Ventilasi Penyaman Udara yang tiada tolak bandingnya dengan MPV mewah yang lebih besar dan ekslusif dapat dirasai sepenuhnya baik dari barisan depan mahupun ke barisan ke tiga.Mewah betul persediaan yang terhidang pada kereta ini.Terpulang pada cara pemanduan dan kecekapan pemandu mengendalikan kereta ini.



PENGALAMAN PANDU UJI

Perancangan kami sekeluarga sempena Aidil Fitri agak padat.Kelantan destinasi kami untuk menyambut hari pertama lebaran.Nasiblah berjodoh sama-sama pantai timur bukan jauh pun jiran sebelah jer.Senang cerita Nasi Dagang kampung saya dan Nasi kerabu kampung isteri.Pergerakan dimulakan lewat petang .,ERTIGA jentera 4 roda belum pernah saya pandu uji apatah lagi untuk perjalanan jauh.Melihat pada ruang dalaman timbul pertanyaan diminda,adakah beg pakaian kami boleh dimuatkan dalam kereta ini? belum Cuba ,belum tahu. Alhamdulillah dengan susunan yang rapi dan tiada pembaziran ruang,Tiada beg kami yang tertinggal,malahan masih berbaki ruang kosong untuk diisi.
Cuaca agak panas walaupun lewat petang.Adakah Penyaman Udara mampu menampung kami 6 beranak?  Persoalan yang terjawab dalam masa singkat.Nyaman dan selesa.Tapi paling mengejutkan ada yang selamat dibuai mimpi.Adui,baru 45km bergerak. Ventilasi penyaman udara yang terpuji.45 liter penuh minyak diisi.Meredahi lebuhraya karak,singgah berbuka puasa di bandar Raub dan pergerakan hingga ke Gua Musang.Menakjubkan,minyak hanya turun 1 garisan sahaja.Sedangkan saya memecut dibeberapa lokasi yang kurang kenderaan.Heran sungguh sepanjang 210km perjalanan langsung tiada bunyi enjin kereta ini seolah-olah enjin dimatikan.Jimat betul kereta ni,jangkaan saya tepat 45 liter minyak mencukupi perjalanan dari kelang ke tanah Merah,kelantan.Bukan setakat mencukupi tapi masih berbaki untuk perjalanan sejauh 70-80km lagi.



Destinasi seterusnya selepas 2 hari beraya di kelantan,kami bergerak ke K.Terengganu. jarak cuma 154km.Kesesakan trafik, isu yang meletihkan minda.Minyak masih lagi mencukupi untuk jarak 30km.Penambahan sebanyak Rm 30 mencukupi untuk ke K.Terengganu.Dengan penyaman udara yang cukup fantastik ,bahang kepanasan udara luar dek kerana kesesakan lalulintas langsung tidak menggangu keselesaan kami.Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam,purata kelajuan 90-110km/j cukup menyeksakan.Musim perayaan,kenderaan bertali arus,Drive-By-Wire berfungsi dengan berkesan dalam situasi sebegini.Transmisi Automatik selain mengharapkan brek,Pengawalan pedal minyak memainkan peranan,dapat dirasai sistem ini mengawal pergerakan ERTIGA dengan cukup berdisplin.Kami selamat sampai di K.Terengganu dengan hanya penambahan minyak yang cukup minima.Betul-betul menjimatkan.



Percutian raya kami agak terbatas .Raya ke 5 kami terpaksa bergerak Ke Kulim,Kedah.Bukan nak beraya,tapi terpaksa hantar anak belajar disana. Laluan paling dekat dari K.Terengganu ialah melalui Jertih-Tanah Merah,Kelantan-Jeli-Lebuhraya Timur Barat-Gerik-Kulim.414km itu jarak yang bakal kami rempuhi,Laluan Jeli-Gerik hampir 3 tahun saya tak lalu.Permukaan jalan entah macam mana,cuma yang ingat pelbagai selekoh banyak sepanjang laluan.
Petang kami bergerak ke Kulim.Minyak diisi sebanyak RM 50 di K.terengganu.Perancangan saya penambahan minyak akan dilakukan sebelum masuk lebuh raya timur-barat iaitu di pekan Jeli.Ini terpaksa dilakukan kerana sepanjang lebuhraya timur barat tiada pam minyak dan kemungkinan pembakaran bahan api agak cepat akan berlaku kerana laluan tersebut berbukit.Tepat jam 12 malam kami sampai di pekan jeli.Selepas minyak ditambah Rm 30,perjalanan diteruskan.Sepanjang laluan saya akan menguji semaksima yang mungkin kereta iniApakah benar seperti yang diviralkan oleh Proton kehebatan kereta ini atau sekadar kelebihan diatas kertas tanpa praktikal.



Majoriti laluan ini tiada simbahan lampu jalan yang boleh membantu pemanduan.Gelap gelita bercahayakan sinaran bulan.Kesimpulannya cukup mudah,usah dipertikai simbahan cahaya lampu ERTIGA,Alasannya....kerana setelah hampir 50km harungi selekoh ,sewaktu menurun bukit dengan kelajuan 100km/j,secara mengejut 2 ekor gajah liar melintas.Simbahan cahaya lampu ERTIGA tepat menyuluh ke arah badan gajah-gajah liar tersebut.Tindakan secara drastik,Saya terus menekan butang O/D(Over Drive) yang terletak di batang gear mengharapkan rentapan enjin(Engine Breaking) bantu perlahankan kereta.Sistem brek ABS berfungsi dengan cukup mantap serta kawalan Stereng lembut mengikut tangan.Alhamdulillah semuanya berfungsi dengan baik.




Halangan terakhir kami berdepan dengan kabus tebal sepanjang 10km.Terima kasih Proton kerana menyediakan lampu kabus.Langkah keselamatan yang terhidang pada model ERTIGA saya puji.Alhamdulillah kami selamat sampai di kulim pada jam 4 pagi.Walaupun terpaksa bersengkang mata serta letih namun kepuasan bersemadi dijiwa.Kereta kecil tapi keupayaannya cukup besar.Dengan penambahan minyak sebanyak rm 50 dari Kulim kami mulakan perjalanan kembali ke Ibu Kota selepas 1 hari rehat di sana.

Terima Kasih Proton Holdings .Kereta hasil usahasama Proton dan Suzuki  Motor Corporation Japan ini tidak mengecewakan kami sekeluarga.Minyak jimat,selesa,penyaman udara terpuji,pengendalian penuh keyakinan dan harga mampu milik.

                                                      PROTON Mempelawa,Kami Mencuba.
                                                         Keputusannya PROTON Berjaya.










No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...