GIVI RIMBA RAID MAT DALING
Sebuah perlumbaaan didalam Hutan Tropika.Jarak perlumbaan hampir 100km,Perlumbaan ini boleh dikategorikan Perhimpunan didalam hutan hujan.Peralihan momentum besar di Malaysia dari gaya menunggang dijalanraya berubah arah ke acara Off Road.Acara yang berjaya mengamit penunggang jiran tetangga kita Singapura,Thailand dan Indonesia yang turut sama menyertai.
Givi Rimba Raid Mat Daling,Edisi Ke -4 yang akan diadakan pada 6-9 julai 2018 merupakan acara utama peminat Off Road.Enduro,Adventure dan ATV serta kenderaan Pacuan 4x4 merupakan jentera yang bakal meredahi sepanjang 3 hari RIMBA RAID di Mat Daling.Laluan yang cukup terkenal ,mencabar minda serta menguji kecekapan.
Pelbagai kategori diadakan tahun ini.Pelawat dan penonton akan dapat melihat dan menguji motosikal terkini yang disediakan oleh pengeluar motosikal yang turut sama dilokasi RIMBA RAID.
No comments:
Post a Comment