Search This Blog

Saturday, July 7, 2018

KTM 790 DUKE BERKUASA TANGKAS


 KTM 790 Duke 2018 juga dikenali sebagai "The Scalpel" telah ditunjukkan kepada media Malaysia dalam pratonton di bilik pameran KTM di Kota Damansara.Minggu lepas baru bersungut,minggu ni sudah tersergam depan mata.Boleh tahan juga "The Scalpel" Segak dan Slim.


ENJIN BARU
Enjin baru adalah DOHC lapan injap selari-kembar,799 cc dan menghasilkan 105 hp pada 9,000 rpm dan 87 Nm tork pada 8,000 rpm. Bahan api adalah melalui  pendikit diameter DKK Dell'Orto 42 mm dan kuasa pergerakan melalui enam gear .Kuasa dimodulasi melalui KTM Power Assist Slipper Clutch, dan quickshifter up-and-down dibina ke dalam kotak penukaran gear. Paparan meter adalah TFT-LCD dengan informasi yang lengkap sebagai panduan kepada penunggang.



MOD TEKNOLOJI  KTM
KTM 790 Duke datang dengan empat mod perjalanan sebagai standard.Mod Jalan(Street),Mod Hujan(Rain).Mod Sport(Sukan) dan Mod Litar(Track).Kelebihan paling ketara dalam 4 mod ini ialah pada Mod Litar(Track).Dimana penyesuaian kawalan daya tarikan dalam 9 tahap.Kawalan mengekalkan enjin pada prestasi maksimum untuk pecutan optimum.

SUSPENSI
Suspensi depan WP tidak boleh laras di bahagian bawah 43 mm, Suspensi depan sebelah kanan hanya rebound dan suspensi sebelah kiri untuk mampatan.Sementara peredam stereng(damper) tersedia pada model ini.

Monoshock belakang menggunakan gas masih kekalkan WP hanya laras untuk pra-beban. Berat basah adalah 174 kg dan bahan api 14 liter.
790 Duke dilengkapi tiga posisi hendalbar kedudukan 760 mm,boleh di laras empat kedudukan. Pada yang berminat denganKTM 790 Duke boleh berhubung terus pengedar KTM Malaysia di mana sahaja.Harga bagi model CBU ini ialah RM 64,800 tidak termasuk cukai jalan dan insuran serta 0% GST.Minggu lepas tak sabaq nak tengok motosikal.Sekarang  tak sabaq nak uji.
















No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...