Search This Blog

Monday, July 9, 2018

LADY BIKER PROMOSI PRODUK PELANCONGAN





Aktiviti jelajah bermotosikal di negara kita pada masa kini memperlihatkan perkembangan yang positif.Banyak kelab-kelab motor ditubuhkan bagai cendawan yang tumbuh.Pelbagai aktiviti yang sihat dianjurkan oleh kelab masing-masing.Dan aktiviti bermotosikal ini dipenuhi warna warni.Tanpa mengira usia dan profesion.Serta tanpa mengira jenis dan kelas motosikal.


Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia mencatat sejarah apabila berjaya menghimpunkan 108 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi Wanita dari seluruh Malaysia.Dan berjaya menarik minat penunggang wanita dari negara jiran iaitu Brunei dan Singapura turut serta.


LADY BIKER TOURISM JOHOR RIDE 2018 ,Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia menyambut baik inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Johor.Ini merupakan salah satu usaha bagi mempelbagaikan tarikan pelancongan di negeri Johor.Selama 3 hari program diadakan 14 lokasi tarikan pelancongan yang terdapat di negeri johor disinggah.Acara ini dilihat dapat mengalakkkan lagi pembangunan pakej pelancongan permotoran di negeri johor.


Difahamkan Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan 3 pakej pelancongan permotoran negeri Johor yang meliputi 3 laluan berbeza iaitu;

1.Pakej Pertama-Putrajaya-Johor Bahru-Desaru-Kota Tinggi-Kluang-Muar-Putrajaya.

2.Pakej Kedua-Putrajaya-Muar-Batu Pahat-Putrajaya.

3.Pakej Ketiga-Putrajaya-Johor Bahru-Kluang-Kota Tinggi-Putrajaya.

Johor adalah laluan strategik bagi pengembaraan bermotosikal.Ini berdasarkan kedudukan Negeri Johor memiliki laluan pengembaraan dari Utara Ke Selatan.Kemudahan infrastruktur lebuhraya Utara Selatan disamping panorama menarik melalui kampung-kampung Tradisional hinggalah ke bandar-bandar utama yang semestinya mengamit penunggang motosikal untk mengunjnginya buat kali kedua bersama keluarga.


Melalui pakej pelancongan yang disediakan,JOHOR BERSEDIA MENAWARKAN KEPELBAGAIAN kelainan tarikan produk pelancongan berstatus Antarabangsa.Taman Tema Air Hotel Adventure Park-Desaru Cost,Hard Rock Hotel.Pelancong juga boleh menikmati pelbagai makanan di setiap luar daerah.Berdasarkan statistik tahun 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,Negeri Johor adalah Negeri pilihan kunjungan destinasi pelancongan Domestik yang tertinggi di Malaysia dengan jumlah yang dicatatkan seramai 7.4 juta pelancong domestik.


Acara pelepasan konvoi "LADY BIKER TOURISM JOHOR RIDE 2018" telah dilakukan oleh YB Tuan Mohammaddin Ketapi,Menteri Pelancongan,Seni Dan Budaya Malaysia di perkarangan bangunan MoTAC,Putrajaya.

Signifikasi misi program Konvoi bermotosikal yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki,Kini bertukar haluan.Program kali ini majoriti penunggang WANITA sesungguhnya memberi perspektif memperlihatkan Negeri Johor adalah destinasi pelancongan yang ideal dan memenuhi "Domestic And International Appeal" untuk destinasi PERMOTORAN PELANCONGAN NEGARA. Pencetus idea program sememangnya mereka yang berpandangan jauh dan boleh dipuji,Tahniah kepada YB Liow Cai Tung,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan Negeri Johor.Tidak lupa juga Pengarah Tourism Johor,En Abdul Malik Hj Ismail.Kejayaan program dan susun atur yang cukup kemas dan bijaksana.Lokasi menarik,tempat-tempatnya cantik.Sinergi hubungan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dengan pihak swasta yang memberikan kerjasama iaitu Kawasaki,Ducati dan GIVI.PDRM juga turut membantu dalam menyelarasakan bagi melicinkan pergerakan konvoi.

TAHNIAH TOURISM JOHOR ATAS KEJAYAAN PENGANJURAN PROGRAM YANG MENCATAT SEJARAH.








                                      






















No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...