Beberapa tahun kebelakangan ini,pasaran cub berseseran CC besar didapati berkembang pesat,kompetitif dan mencabar berikutan permintaan pelanggan yang kian meningkat.Boon Siew Honda yang komited memenuhi kehendak penunggang di negara ini telah menambah baik tawaran model pengeluaran bersesuaian trend terkini.
HONDA DASH 125 secara rasmi telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Boon Siew Honda,Keiichi Yasuda bertempat di IPC Shopping Centre,Mutiara Damansara.
Honda Dash 125 dengan rekaan luaran baru tampak lebih bergaya serta siluet yang dinamik.Lampu LED yang tersedia memberikan lebih iluminasi demi keselamatan kepada penunggang.Nampak lebih agresif dan estetika dengan pelindung kaki yang bergaya,cermin sisi menarik, jalur rim cukup bergaya dan rekaan meter serba baharu.
Zaqhwan Zaidi,Juara 2 kali Asia Road Racing Championship(ARRC) telah dilantik sebagai Duta Dash 125 baharu.Beliau merupakan pelumba Malaysia pertama yang berjaya berlumba dalam All Japan Road Race Championship(AJRRC).
Dash 125 didatangkan dalam empat warna iaitu Hitam Mutiara(Pearl Magellanic Black),Merah(Vivacity Red),Biru Mutiara(Pearl Nightfall Blue) dan Edisi Repsol.
VARIAN DAN HARGA
Terdapat 3 varian Dash 125:-
1) Dash 125(Brek Cakera Tunggal) -----RM 5,999
2) Dash 125(Brek Cakera Berkembar)--RM 6,299
3)Dash 125 Edisi Repsol --RM 6,499
(Brek Cakera Berkembar)
Dash 125 hadir bersama jaminan kilang selama 2 tahun atau 20,000km
(mana-mana yang terdahulu).
Dash 125 baharu telah dinaik taraf berbanding model terdahulu iaitu Wave Dash yang diperkenalkan pada 7 tahun lalu.Pada mereka yang mencari sebuah CUB yang memiliki prestasi lebih baik dengan harga berpatutan sila berkunjung ke premis wakil pengedar sah Honda demi untuk lebih detail tentang model terbaharu ini.
No comments:
Post a Comment