Dunia permotoran tiada batasan,usia,pangkat,profesion,ugama serta asal usul bukanlah isu yang perlu dipertikaikan.Dikategorikan bikers semuanya sama perbezaan jantina adalah identiti.Ikatan persahabatan adalah nilai murni yang perlu dijaga apatah lagi bila berkonvoi.Seperti kata pepatah "Yang Jauh Kita Dekatkan,Yang Dekat Kita Rapatkan".Adakah pepatah tersebut menjadi amalan pada bikers di negara kita.Ducati Club Malaysia membuktikan pepatah tersebut memberikan inspirasi dalam mengukuhkan hubungan antara 2 negara.
Kunjungan dari Ducati Kelab Indonesia ke negara kita membuktikan permotoran adalah hobi yang penuh warna warni.Pelbagai program telah disusunatur oleh Ducati Club Malaysia dalam meraikan 10 orang tetamu dari Ducati Kelab Indonesia.Program yang di taja oleh Ms Big Bike Garage MMEracing Team telah berkonvoi ke Utara,ianya merupakan salah satu agenda program dalam menyahut seruan kerajaan mempromosikan Malaysia.
Gabungan seramai 61 orang pemilik Ducati termasuk tetamu dari Indonesia dan 10 orang pemilik BMW telah menuju ke Gunung Jerai,Kedah.Lokasi pilihan yang tepat dengan 2 tujuan utama.Lawatan ke Pusat Tahfiz Gunung Jerai.Pusat Tahfiz persendirian dan terdapat 8 orang pelajar.Melawat perkampungan Gunung Jerai yang terkenal dengan buah-buahan tempatan yang tiada tandingan rasanya seperti buah durian,manggis dan rambutan.
Tetamu dari Ducati Kelab Indonesia juga turut dibawa melawat Pulau Pinang.Usaha Ducati Club Malaysia dalam merealisasikan Ukhwah sesama sahabat permotoran menjadi contoh yang terbaik dan boleh dibanggakan.Kepada 10 orang sahabat dari Ducati Kelab Indonesia, jangan serik, jauh perjalanan luas pemandangan.Kedatangan Anda dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment