Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan label baharu bagi barisan produk-produk Shell Helix yang tulen dan juga rasmi untuk pasaran negara.Satu cara untuk para pelanggan pastikan bahawa produk Shell adalah tulen dan bukan produk palsu atau tidak sah.
Acara perasmian yang dilakukan oleh Dato' Saifuddin Nasution,Menteri KPDNHEP dan turut bersama ialah Pengarah Urusan Shell Malaysia En Shairan Huzani Hussain telah berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
Label baru terdapat pada lima produk terlaris dari Shell Helix iaitu:
Shell Helix Ultra 5W 40 (4L)
Shell Helix HX7 10W 40 (4L)
Shell Helix HX7 5W 30 (4L)
Shell Helix HX5 10W 30 (3L)
Shell Helix HX5 15W 40 (4L)
Lima Produk Shell Helix seperti senarai di atas mempunyai kod QR di dalam label baru apabila dikupas. Kod QR membantu pelanggan mengesahkan ketulenan produk tanpa sebarang keraguan. Produk Shell Helix kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Cara-cara untuk menentukan ketulenan minyak enjin Shell Helix:
Kupas label untuk mendedahkan kod QR. Imbas kod tersebut dan ia akan membawa anda ke laman pengesahan produk SHARE.
Lengkapkan butiran anda (nombor telefon, nombor kenderaan, kod produk dan kod kedai) dan hantar.
Keputusan pengesahan akan dihantar melalui SMS.
*Kod kedai boleh didapati di poster SHARE yang dipaparkan di cawangan SHARE yang mengambil bahagian.
Program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE). Program ini memberi banyak kelebihan seperti bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).Dengan Kod QR pelanggan boleh menyertai program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE).
No comments:
Post a Comment