Search This Blog

Tuesday, September 4, 2018

Rokeb menyampaikan bantuan kepada Asnaf




'ROKEB' dalam bahasa Arab dipanggil penunggang. Rokeb adalah grup motosikal berkuasa tinggi Bank Muamalat Malaysia Berhad(BMMB).Ahli grup ini adalah staf Bank Muamalat dari pelbagai lapisan dan cawangan.


"Tester" rasa bertuah kali ini dapat meluangkan waktu untuk bersama grup Rokeb dalam misi agihan sumbangan kepada Asnaf.Destinasi grup rokeb kali ini adalah ke negeri Kedah.


Program selama 2 hari di negeri kedah ,melibatkan 2 destinasi  iatu di Sik dan Kupang.Program pada hari pertama berlangsung di Kg Chepir,Sik.Seramai 50 orang dari persekitaran kg Chepir telah menerima sumbangan.Majlis yang berlangsung di Masjid As Salam Kg Chepir  disampaikan oleh Grup Rokeb mewakili Bank Muamalat Malaysia Berhad.


Menurut ketua misi,Aminuddin Abu Bakar,"ROKEB" yang ditubuhkan semenjak tahun 2013,berperanan mewakili Bank Muamalat Malaysia Berhad(BMMB) bagi mendekati masyarakat melalui agihan sumbangan samada sedekah atau zakat.Disamping itu grup ini juga berperanan memberi pendedahan kepada rakyaat Malaysia tentang kewujudan Bank Muamalat terutama kepada masyarakat diluar bandar.


Destinasi  8 ahli Rokeb pada hari kedua dalam misi pengagihan zakat ialah di Kg Hangus,Baling.Seramai 100 orang penerima zakat yang terdiri dari 9 kampung di bawah Dun Baling.Majlis diadakan di Masjid Kg Hangus,Kupang.


Semoga segala usaha murni bulanan ini mendapat barakah dari Yang Maha Esa.Andai pembaca ada info tentang Asnaf boleh berhubung dengan 'Tester" .Kita saling membantu,masyarakat Malaysia adalah masyarakat prihatin.







No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...