Search This Blog

Thursday, September 27, 2018

Honda 2019 CB650R Neo Sports Cafe


Apakah jenis jentera ini sebenarnya? Tester agak terkejut dalam misi mengendap kali ini..Sekali pandang seolah-olah model Mv Augusta.Hampir sama pembentukannya tapi tidak serupa dari pelbagai aspek dan jenama.Nasiblah mentelaah,tidak naya tersalah info pada pembaca setia blog ini.


Penutup klac enjin adalah sama dengan CB650F



Penutup klac model pada peringkat ke-2 dari model Honda yang menggoda ini  adalah sama seperti CB 650 F / CBR 650 F.


Versi penuh perubahan pada model CBR650F?

Mengikut maklumat yang diperolehi, besar kemungkinan pada masa yang sama akan ada  perubahan model. Nama motosikal CBR650 F atau CBR650R, nampaknya siri yang sama dengan CBR500 / 400R. Konsep kontemporari "R" mempunyai kedudukan pemegang yang tinggi dan mudah pengendalian,sementara konsep "F" dengan kedudukan sebenar tidak berubah. Atas sebab-sebab sedemikian nampaknya diintegrasikan. Dan model Super Sport di panggil "RR" ternyata berbeza dengan dua varian tersebut. Jelas di sini semenjak varian CB-R di kategorikan Naked, secara automatik model 650F termasuk dalam golongan ini.



Tester akan kongsikan info motosikal ini setelah pelancaran nanti.Bersabar yer!

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...