Buat pertama kali dalam beberapa tahun, GS menghadapi persaingan yang nyata menjatuhkan model tersebut dipasaran Itali...
BMW R 1200 GS sebagai salah satu motosikal paling laris di Eropah selama bertahun-tahun. Model ini secara konsisten menerima penghargaan dan jualan telah meningkat tahun demi tahun. Walau bagaimanapun, pada setengah tahun 2018, tahkta GS telah jatuh. Malah model Eropah yang sangat unik telah menggantikan jualan R 1200 GS. Siapa sangka Honda X-ADV telah berjaya merampas tahkta tersebut.
Model ini didefinasikan oleh Honda sebagai motosikal pengembaraan crossover - ia bukan skuter, dan juga bukan 100 peratus motosikal.
Model ini mengekalkan beberapa ciri skuter yang tidak dapat dinafikan seperti pemijak kaki serta bingkai cascading yang berakhir pada pelana panjang, dengan dua posisi. Walau bagaimanapun, skuter 750cc ini tidak kelihatan sama seperti skuter atau motosikal lain
Antara Januari dan Ogos, 3,233 unit X-ADV telah dijual di Itali berbanding 3,180 untuk BMW R 1200 GS. Motosikal Honda terkenal di negara Valentino Rossi.Skuter siri SH terjual sejak awal tahun ini sebanyak 20,000 unit.
Di Malaysia, Honda Big Wing ada menjual X- ADV pada harga bermula RM57,999 seunit.
No comments:
Post a Comment