Search This Blog

Sunday, September 23, 2018

Saya tidak boleh lawan Marquez




"Saya cuba menghalangnya tetapi dia memang laju pada dua pusingan terakhir.Saya tidak berupaya,dan mustahil untuk menghalangnya."


Dovizioso mendominasi sebahagian besar perlumbaan dengan jentera Ducati semenjak bulan julai,terpaksa akur dengan kehebatan Marquez apabila sering bertukar posisi. Pelumba dari Itali itu ketinggalan hanya 0,6 saat di belakang Marquez


"Malangnya, kami tidak boleh menang dan kami mencuba sehingga pusingan terakhir, tetapi kami perlu mengkaji dan menganalisis realiti. Saya rasa kita boleh belajar sesuatu untuk masa depan dan ini sangat positif. Kami datang ke sini penuh keyakinan, kami fikir boleh memenangi perlumbaan dengan  mudah, tetapi ia tidak semudah yang difikirkan.Namun kami bertambah baik dari tahun lepas, "kata Dovizioso.


Dovizioso tidak cuba bertahan asakan dari Marquez pada dua pusingan terakhir.Motosikalnya di tahap kritikal setelah tayar hilang cengkaman. Bertahan dan menduduki tempat ke 2 merupakan satu keputusan yang relevan di buat oleh Dovizioso.


kredit.Crash.Net

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...