Search This Blog

Sunday, September 23, 2018

Saya tekad mengambil risiko hari ini - Marquez


Marc Marquez memperjudian nasib di MotoGP Aragon, telah menggunakan tayar belakang yang lembut ternyata membuahkan hasil dengan kemenangan bergaya.

"Selepas pemanasan, saya jatuh dan berfikir punca jatuh.Tetapi pagi tadi saya tekad mahu mengambil risiko hari ini.Setelah perbincangan dengan pasukan , saya fikir kenapa tidak mencuba tayar belakang yang lembut semasa sesi latihan sebelah petang dalam cuaca panas.Keputusan telah diambil untuk menggunakan tayar belakang jenis lembut semasa perlumbaan dan saya yakin mampu mengendalikan motosikal."

Marquez dan Dovizioso terlibat dalam pertarungan sengit bagi mendahului perlumbaan,Kedua pelumba tersebut sering bertukar tempat. Akhirnya, Marquez di dua pusingan terakhir mampu megenepikan Doviziso dengan jentera Ducati yang ternyata cukup pantas ketika di jalan yang lurus .

Marquez berkata: "Ia adalah perjuangan yang hebat, dengan pergerakan terhad, satu lagi pertarungan hebat dengan Andrea. Kali ini saya berkata saya tidak akan menunggu sehingga saat terakhir, saya akan cuba memotong. kerana ia adalah satu-satunya peluang untuk memenangi perlumbaan."

Kali terakhir Marquez mengalahkan jentera Ducati  ialah di Sachsenring pada julai lalu.


Kredit:Crash.

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...