Search This Blog

Wednesday, September 19, 2018

KTM 1290 Super Adventure S - Syok Habaq Hang



"Tester" dah banyak kali bawak motosikal nie.Tapi kali nie baru lah dapat peluang untuk mentelaah secara terperinci model Adventure yang"Gah" dan tinggi.Falsafah paling mudah"tinggi bukan satu isu,janji masuk gear 1 motosikal gerak ke depan".


KTM mempunyai barisan lima motosikal berkembar kelas V yang mengagumkan, terdiri dari 1090 Adventure R, 1290 Super Adventure R,1290 eksklusif touring Super Duke GT dan 1290 Super Duke R.


Berkedudukan di tengah-tengah antara lima model tersebut ialah KTM 1290 Super Adventure S-sebuah motosikal punyai 3 kategori iaitu adventure, sport touring, dan sportbike.


Tester akan senaraikan 8 fakta menarik pada model ini.

1.KTM 1290 Super Adventure S adalah motosikal yang sangat fleksibel.
Gaya sebuah motosikal touring jelas kelihatan.Harus diingat ialah KTM 1290 Super Adventure S adalah motosikal yang berkuasa.


2.Super Adventure S motosikal touring yang terbaik.
Saya tertarik dengan motosikal ini,bukan sahaja kerana kedudukan penunggang tegak malahan kedudukan penunggang juga tinggi dengan .Ini kerana pelananya sanggat tinggi.Motosikal mampu mencapai lebih dari 300 batu dengan bahanapi yang penuh tangki.


3.Saingan kepada mereka yang suka menunggang laju
Super Adventure S akan membolehkan anda untuk bersaing dengan mereka yang gemarkan kelajuan dan pecutan.Jentera ini mempunyai kuasa dan pengendalian adalah neutral dan intuitif, dengan penggantungan WP separuh aktif ,disamping kestabilan yang jitu.Sistem brek ABS - Bosch merupakan langkah keselamatan yang sedia ada.Mod Sport memberkan responsif yang membuatkan anda terasa seperti menunggang sebuah motosikal sport.


4.KTM 1290 SuperAdventure S  untuk jalanraya.
Perlu difahami iaitu model ini pengunaannya dijalanraya biasa.Berbeza dengan model KTM 1290 Super Adventure R dan 1090 Adventure R adalah motosikal adventure yang sebenar.Perbezaan paling ketara ialah saiz rim 18/21 inci serta menggunakan rim lidi. Sementara Adventue S size rim adalah 17- / 19 inci dan menggunakan rim sport.KTM 1290 Super Adventure S tidak menjadi sebarang masaalah seandainya anda menunggang dijalan yang tidak berturap tetapi tidak terlalu ekstrim.


5. Mod elektronik berfungsi dengan baik. 
Mod sukan(sport), Jalan(street), Hujan( rain) dan Offroad  mod kawalan daya tarikan(quick shifter). Mod sukan dan mod jalan memberikan kuasa penuh iaitu 160hp,bezanya, mod jalan(street) penghantaran kuasa lebih lembut. Sementara mod hujan dan Offroad memotong kuasa kira-kira sepertiga, dan melicinkan tindak balas pendikit . Selanjutnya, penggantungan separa aktif WP mempunyai tetapan Sukan, Jalan, Keselesaan dan Off road.Anda boleh juga menukar penetapan contohnya penumpang dan bagasi atau sebaliknya.Sistem brek ABS off-road canggih,iaaitu boleh matikan sistem ABS roda belakang dan hanya ABS depan sahaja yang berfungsi.


6.Penetapan eletronik boleh dicampur dan disesuaikan. 
Saya jarang menggunakan mod kuasa Sport, lebih suka pendikit halus dari tetapan Jalan, walaupun ketika memecut. Mod penggantungan Sukan amat bagus,Andai penetapan di latakkan pada mod kendali Keselesaan di jalan raya,keletihan tidak terasa walaupun di lebuh raya bergelombang.


7. Skrin TFT 6.5-inci adalah bagus dan cerah, dengan banyak maklumat. 
Paparan digital dari skrin canggih ini cukup cantik. Pelbagai info boleh membantu penunggang.


8.KTM 1290 Super Adventure S ialah ia menjadikan semuanya mudah. 
Elektronik dipadankan dengan sempurna bagi sebuah motosikal yang berkuasa,Penetapan terletak di jari anda,pilih saja mengikut kesesuaian. Keselesaan adalah terjamin,Model ini menarik perhatian ke mana sahaja anda pergi.Ini lah motosikal Adventure-Touring-Sport.













No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...