Search This Blog

Sunday, September 9, 2018

MotoE memperkenalkan lima pusingan bagi kalendar 2019



Moto GP baru  berkuasa Eletrik atau dikenali MotoE telah melancarkan kalendar lima pusingan bagi musim pertamanya pada tahun 2019.

Ujian rasmi pertama MotoE akan berlangsung di Jerez pada 23-25 ​​November, dengan sesi yang dijadualkan pada 13-15 Mac dan 23-25 ​​April sebelum memulakan kempen 2019.

Kempen MotoE yang pertama akan bermula di Jerez pada bulan Mei dan juga  Grand Prix Perancis di Le Mans pada bulan yang sama.

Perlumbaan MotoE juga akan diadakan di Sachsenring pada bulan Julai dan di Red Bull Ring pada bulan Ogos, sebelum musim itu berakhir pada hujung minggu GP San Marino di Misano.

Setiap perlumbaan MotoE akan berlangsung pagi hari Ahad selepas sesi pemanasan MotoGP, Perlumbaan melibatkan antara 7 dan 10 pusingan serta jarak yang lebih jauh dari pada pelan asal.

Kejohanan dengan 18 petak motosikal dimana enam pasukan iaitu Pasukan satelit MotoGP Tech 3, LCR, Pramac, Avintia dan Nieto serta skuad Gresini yang mengendalikan pasukan Aprilia meletakkan dua motosikal Energica Ego Corsa bersama enam lagi penyertaan pelumba persendirian.



Kredit : motosport.com

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...