Nampaknya model YZF R-25 sudah dua kali kena panggil semula. Notis yang dimuatnaik dalam laman web rasmi Hong Leong Yamaha Malaysia .Tindakan tersebut di ambil berikutan arahan yang dibuat oleh Yamaha Jepun pada 20 November yang lalu.
Kempen panggil balik yang melibatkan model Yamaha YZF-R25 kerana masalah kilasan spring yang rosak dan masaalah hos radiator, Dimana ianya berpotensi mengakibatkan kebocoran radiator.
Tester, tidak pernah menunggang uji model ini semenjak di lancarkan hingga kini.Maklumlah tidak pernah di jemput untuk sebarang pelancaran model Yamaha.
Namun dek kerana minat dan mencintai 2 roda sejak dari bangku sekolah,maka atas rasa tanggung jawab perlulah menyampaikan demi ke arah kebaikan serta pengetahuan pengguna model Yamaha YZF - R25 di negara kita.
Difahamkan notis akan di hantar oleh Yamaha kepada setiap pemilik YZF-R25 yang terlibat bermula pertengahan Januari 2019.
Pemilik motosikal boleh menghubungi pengedar Yamaha atau cawangan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd bagi temujanji penggantian komponen yang dimaksudkan setelah mendapat notis.
Sejarah panggil balik model ini pada kali pertama adalah Mac 2017. Penggantian sub-suis (Sub-Switch Assy), braket tangki (Tank Bracket) dan pengikat tangki minyak (Bolt of Tank Cover) .
Senarai produk yang terlibat;
Model Nombor casis komponen
YZF-R25 Semua unit dengan nombor casis: Radiator Hose
PMYRG1510E
PMYRG1510F
PMYRG1510G
dan unit dengan nombor
PMYRG1510H– hingga
0000000 to 0012240
Semua unit dengan nombor casis Torsion Spring
PMYRG1510E
PMYRG1510F
Semua unit dengan nombor casis
PMYRG1510G-
0000000 to 0006758
Maklumat lanjut sila layari web rasmi Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd atau applikasi Yamaha Motor Malaysia.
No comments:
Post a Comment