Search This Blog

Sunday, December 30, 2018

Adakah Enjin 1.5 TURBO akan di gunakan pada X 70 CKD?



Proton belum membuat sebarang keputusan lagi berkenaan isu enjin 1.5 Turbo Tiga silinder pada X 70 versi CKD.Enjin 3 silinder tersebut adalah  hasil perkongsian Geely dan Volvo.


Mengikut perancangan, spesifikasi CKD adalah sama dengan versi CBU. Sementara menunggu fasiliti pemasangan X70 disiapkan di Kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim,pelbagai perkara perlu di selesaikan.Dalam jangka waktu terdekat tiada lagi perancangan pemasangan enjin versi lain.


Dato Rashid Musa, CEO Proton Edar menjelaskan pada sidang media minggu lalu.Beliau juga turut menceritakkan tentang sambutan terhadap X70 cukup menggalakkan.Semenjak di lancarkan di mana purata tempahan sebanyak 200 hingga 300 unit sehari.


“Respond pasaran terhadap model ini,itu yang perlu di lihat. Kemudian lihat bagaimana pesaing kami bertindak, dan tindakan susulannya barulah kami buat keputusan. Tapi buat masa ini, versi CKD akan menggunakan enjin 1.8T ” demikian tegas Dato Rashid.


Mungkin tepat kata-kata CEO Proton Edar, ini kerana model X 70 masih muda di pasaran dan potensi jualan versi tersebut merupakan keutamaan.



No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...