CF 250NK berkongsi platform yang sama seperti 150NK, iaitu casis tiub keluli moden, garpu terbalik di bahagian hadapan dan mono tunggal di bahagian belakang untuk menyerap hentakan.
Desas desus yang "Tester" dengar,model ini akan dibawa masuk ke Malaysia awal tahun depan. Butiran selanjutnya belum di perolihi dari pengedarnya di negara kita.
Model 250NK ini mempunyai 4 injap baru, DOHC, enjin silinder tunggal 250cc dengan aci keseimbangan menghasilkan tork 19.5kW dan 22Nm. Berat hanya 151KG dan dengan prestasi yang lincah, 250NK adalah sempurna untuk tunggangan di bandar atau mereka yang baru berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi.
Di bahagian brek, 250K dilengkapi dengan J.Juan, sebuah jenama Sepanyol, juga digunakan pada 650NK, yang menyediakan kuasa brek yang mencukupi.
250NK dengan reka bentuk moden, prestasi sporty dan harga yang sangat kompetitif ,iaitu harga yang jauh pasti akan menjadi kegilaan remaja.
Info terkini akan Tester maklumkan.Sentiasa ikuti blog ini untuk info-info mutakhir
No comments:
Post a Comment