2018 merupakan tahun ke 4,"Tester" di beri kepercayaan untuk terbang ke Sibu membuat liputan acara perkumpulan Motosikal Tahunan Terbesar di Borneo. Sibu Bike Week saban tahun di minggu pertama bulan dis menjadi tumpuan pecinta 2 roda di Borneo.Acara ini menjadi satu kemestian kepada peminat motosikal untuk hadir,majoriti pengunjung yang hadir memperakui acara Sibu Bike Week sememangnya tiada tandingan di Borneo.
Tester yang berpengalaman membuat liputan ke seluruh pelusuk tanah air khasnya acara bike week,secara ikhlas bersetuju dengan jawapan dari pengunjung yang pernah ke acara tersebut.Jelas dengan penambahbaikan acara, menyaksikan saban tahun berjaya mengamit pengunjung.
Malahan pada 2017,kehadiran pengunjung mencecah 55,000. Satu rekod yang tidak pernah di cipta oleh mana-mana acara permotoran di Borneo sebelum ini.
Acara yang mengamit peminat motosikal bukan sahaja dari Borneo, sejarah tercatat yang mana Sibu Bike Week telah berjaya mengheret pemilik motosikal dari Singapura.Thailand,Indonesia, Filipina serta ahli kelab motosikal dari Kemboja,Vietnam dan Jerman memijakkan kaki ke bumi Sibu. Membuktikan acara tahunan itu adalah destinasi pelancongan yang perlu digilap dan tidak terlepas pandang oleh kerajaan negeri.
Ibarat kata "Rezeki Di Kongsi Bersama", pihak pelancongan Negeri Sarawak dalam mempromosi Tahun Melawat Sarawak semestinya sudah mengenal pasti salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong ke Negeri Sarawak.
Pujian dan ucapan terima kasih serta tahniah harus diberikan kepada Razak dan Helen serta ahli kelab permotoran Razz Chopper. Suami isteri yang tidak mengenal penat lelah,yang mana di awal acara ini di adakan,mereka terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri bagi menjayakan Sibu BikeWeek. Hampir 5 tahun hanya sejumlah kecil bantuan "Dana" yang di perolihi bagi menjayakan acara gilang gemilang itu.
Kini masuk tahun ke 8 SIBU BIKE WEEK, sudah seharusnya acara tahunan ini di masukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Sarawak.Sokongan dari kerajaan negeri bagi menjayakan acara yang juga di kenali sehingga ke Amerika Syarikat ini teramat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment