|
Peserta Bergambar kenangan di Masjid Lama ,Kg rumbia |
KTM Malaysia dalam misi menyahut seruan kerajaan ,sekali lagi telah menyertai Program Tour Melaka 2018. Satu program yang bertujuan mempromosi Negeri Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2019.
|
Penyampaian Cenderahati kepada Dr Mohd Mohd Noor, CEO Menara Taming Sari |
Pogram ini merupakan salah satu cabang usaha pihak pelancungan Negeri Melaka dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2019. Program yang di kordinasikan oleh Fast Bike Club dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Kebudayaan Negeri Melaka dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS).
|
Flag Off Oleh Dr Mohd Mohd Noor di Muzaffar Hotel |
Program yang pertama kali diadakan oleh Fast Bike Club ini mendapat sokongan dari beberapa penaja iaitu KTM Malaysia,FGG Financial Genius,Nayla Beauty,AADK,TOYO LUBE,Adabi,Az Fadz, Annona Coffee Harley Davidson Of Petaling Jaya ,MELAKA FM dan Mudzaffar Hotel.
|
Perlepasan Konvoi Ke Melaka bermula di Harley Davidson-Petaling Jaya |
Meskipun jangkamasa program di kategorikan singkat dengan jadual yang padat serta cuaca yang tidak mengizinkan, namun Fast Bike Club yang di berikan mandat untuk mengkordinasikan program telah berjaya merealisasikannya.
|
Bikers Malaysia |
|
Bikers Thailand |
|
Bikers Singapura |
Program yang berjaya mengamit peserta dari 3 negara iaitu
Malaysia,Thailand dan Singapura. Meskipun Kuota peserta dari setiap negara di hadkan 10 orang.Ternyata misi program sukses seperti di rancang.
|
Ketua Bikers Thailand |
Tester sempat menemubual peserta dari Thailand dan Singapura, jelas pengalaman 3 hari menjayakan program ini telah membuka mata dan minda mereka dengan sejarah Bumi Hang Tuah. Niat membawa keluarga untuk berkunjung ke Melaka menjadi cita-cita mereka.
|
Peserta di bawa menaiki bot menyusuri keindahan sepanjang Sg melaka |
Peserta juga berpeluang menaiki bot sepanjang sungai Melaka, sambil mata berpesta dengan keindahan sinaran lampu serta restoran yang berwarna warni di sepanjang sungai Melaka.
Program bertambah menarik apabila peserta telah di bawa ke Masjid Lama Kg Rumbia.
|
Gotong Royong bersihkan Masjid Lama Kg Rumbia
|
Gotong royong membersihkan masjid yang berusia 106 tahun itu di lakukan oleh peserta dalam suasana muhibbah.Permuafakatan antara bikers 3 negara, ibarat "berat sama di pikul,ringan sama di jinjing. "
|
Abdikan kenangan di Menara Taming Sari |
Peserta program Tour Melaka 2018 juga di bawa ke Menara Taming Sari.Peserta tidak melepaskan peluang untuk menikmati panorama dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter.Pastinya pengalaman bersejarah tersebut menjadi kenangan dan tidak akan mudah di lupakan.
|
Hilangkan dahaga,nikmati - Coconut Shake di Klebang |
Coconut Shake di Klebang. Destinasi persinggahan peserta mempromosi sambil menghilangkan dahaga. Jelas dapat di lihat minuman tersebut berjaya menarik pelancong dan juga penduduk tempatan,manakan tidak pelanggan terpaska beratur panjang untuk menempah minuman tersebut.
|
Warga Kerja Program - Abadikan kenangan di Muzaffar Hotel |
3 hari 2 malam menginap di Hotel Muzaffar yang direka untuk menjadi mercu tanda baru Melaka, sesungguhnya meninggalkan kenangan yang tidak mudah di lupakan oleh peserta.Biliknya yang luas,suasana cukup nyaman jauh dari kesibukan kota Melaka dan hidangan terkini "Asam Pedas" cukup enak.
|
Lokasi Terakhir - Kompleks Japerun Rembia-Alor gajah |
Mengakhiri program Tour Melaka 2018,Pengerusi Fast Bikes Club,Fadzlaini Ibrahim(Dj Ninie) dan Founder Fast Bikes Club, Azahar Ngah telah membawa peserta ke lokasi di luar jadual iaitu Kompleks Japerun Rembia yang terletak di bawah DUN Rembia.
|
Menarik Upih-Salah satu acara sukan rakyaat yang diaadakan |
Aktiviti yang dijalankan di sini melibatkan penduduk tempatan dan juga peserta.Aktiviti sukan rakyaat merupakan aktiviti yang cukup menyeronokkan .Peserta dibahagikan mengikut negara masing-masing dan penduduk tempatan juga tidak di kecualikan daripada menyertai acara yang di rancang.
|
Lari Ikat Kaki-penduduk tempatan turut menyertai |
Bola Sepak Berkain Pelikat,Menarik Upih,Bowling Padang,Tiup Tepung,Lari Kaki Di ikat dan Kerusi Beracun.Demikian acara yang berlangsung,acara yang membuktikan bikers ini mempunyai ikatan yang kukuh walaupun berlainan bangsa,ugama dan negara.
|
Sumbangan Kepada Ibu Tuggal dan Anak Yatim |
Kemuncak acara ialah penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim serta hadiah cabutan bertuah.Hadiah utama yang di nantikan iaitu Jaket hadiah dari KTM berharga Rm 1.650 telah di menangi oleh penduduk tempatan.
|
Pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah -Tajaan KTM Malaysia |
Tahniah kepada penganjur program Fast Bikes Club di atas kejayaan program yang julung kali diadakan.
Ini Pantun Untuk Penganjur dan Penaja :-
Pulas Throttle jangan leka
Kebasahan Hujan kerana kerjaya
Terima Kasih bawa kami Ke Melaka
Tahniah dan sukses program berjaya
No comments:
Post a Comment