Susulan isu hos brek belakang dan wayar sensor putaran roda belakang yang mungkin diarahkan secara salah sekali gus menyebabkan ia bersentuhan dengan tayar belakang. Sebanyak 1,173 unit model Z900, Z900 ABS dan Z900 RS yang terlibat.
Itu antara penyebabnya model-model tersebut di panggil semula oleh kawasaki. Masalah ini mula di kesan oleh Kawasaki Eropah. Ianya berpunca dari hos brek dan kepingan pendawaian pada roda belakang.
Kawasaki Motor Corp USA akan memaklumkan kepada pemilik yang terjejas dan pemeriksaan akan dilakukan pada bahagian laluan brek dan pergerakan wayar sensor roda belakang.
Ianya dilakukan selepas isu tersebut difailkan dengan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA).
No comments:
Post a Comment