Seperti yang di jangka acara perkumpulan motosikal tahunan terbesar di Borneo iaitu Sibu Bike week saban tahun tidak megecewakan.Kepada pencinta 2 roda yang belum hadir ke acara Sibu Bike Week di alu-alukan dan lihat kemeriahannya.
Razz Chopper Malaysia yang di terajui oleh Razak dan isterinya Helen merupakan nadi utama kejayaan acara gilang gemilang ini.Perancangan selama 5 bulan memberikan kepuasan kepada mereka dan ahli kelab Razz Chopper dengan kejayaan kali ini.Tahniah.
Seperti yang "Tester" coretkan sebelum acara bermula,penganjur menjanjikan kelainan pada acara kali ini.Nampaknya "kata di kota, Janji di penuhi" demi kepuasan pengunjung yang sanggup datang walaupun cuaca buruk.
Kehadiran wakil pengedar motosikal bertambah, muka baru seperti Naza Ducati dan Harley serta wakil Petronas turut memperagakan barang merchandise.Kehadiran grup ladys bikers dari semenanjung dan Brunei kali ini cukup ramai.
Wakil Pengedar Kawasaki dari Kuching yang turut membuka booth memperagakan model terkini motosikal Kawasaki tidak disia-siakan peluang.Pelancaran model Ninja 400 dan Ninja 250 warna baru telah di lakukan oleh Dato Andrew yang juga pemilik Kawasaki H2 terunggul di Sarawak.Penyerahan motosikal Ninja 250 warna baru kepada pemilik pertama di Sibu juga turut di sempurnakan.
Acara yang gemilang itu telah menarik perhatian Menteri Pelancungan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Negeri Sarawak YB Dato Abdul Karim Hamzah untuk merasmikan 8th Sibu Bike Week.Turut hadir Dato' Sri Wong Soon Koh dan juga YB DR Anuar Rapaee.
Semoga kehadiran Dato Abdul Karim Hamzah akan memberkan manafaat yang lebih lagi kepada acara tersebut.Kerjasama pihak Pelancongan Negeri Sarawak teramat di hargai ke arah penambahbaikan acara di masa akan datang sekaligus sempena 'Visit Sarawak Year' tahun 2019.
Seperti tahun sebelumnya, acara pertandingan Miss Sibu Bike Week merupakan acara yang di tunggu-tunggu oleh pengunjung.Seramai 11 orang peserta telah dipilih dan hanya 5 dari mereka yang berjaya hingga ke pertandingan akhir.
Kemunculan penyanyi fauziah Latif dan Mus May menghangatkan lagi suasana.Lokasi tapak di dataran Sibu, Phase 2 di banjiri oleh bikers dan juga penduduk tempatan.Di anggarkan hampir 445,000 hadir untuk menyaksikan persembahan kedua legend Pop dan Pop Rock itu.
No comments:
Post a Comment