Search This Blog

Wednesday, October 2, 2019

YAMAHA MT 03 - Model 2020



Tanpa sebarang berita serta gembar gembur,Yamaha telah memasukkan Model MT-03 di dalam barisan keluaran mereka bagi tahun 2020.


MT-03 atau lebih dikenali sebagai 'Baby MT', dengan perubahan baru iaitu reka bentuk lampu berkembar yang lengkap dan panel LCD baru..


Janakuasa sama seperti model YZF-R3. Enjin 321cc  selari dengan enam transmisi kelajuan.


Versi Naked dengan maksima bahan api 14 liter. Suspensi baru, jenama Kayaba 370mm di bahagian hadapan dan monoshock preload boleh dilaras di belakang.


Rim 17 inci serta di lengkapi dengan cakera tungal 298mm di bahagian hadapan dan cakera tunggal 220mm di belakang.Ia juga ditawarkan dengan ABS.


Sasaran Yamaha bagi model MT-03 ini adalah golongan remaja atau penunggang baru.


Persoalannya bila MT-03 akan dibawa masuk ke Malaysia? Normalnya negara jiran Indonesia dan Thailand menjadi pilihan pengeluar.

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...