Search This Blog

Wednesday, October 16, 2019

Bukan KTM,Tapi Honda - Zarco Menunggang Untuk 3 Pusingan.



Jangan terkejut, peminat MotoGP sedia maklum tentang penarikan diri oleh Johann Zarco dari pasukan Red Bull KTM Tech3.

Jadi peluang yang terhidang tidak dilepaskan oleh Zarco, bila di tawarkan untuk menggantikan Takaaki Nakagami untuk tiga pusingan terakhir MotoGP musim 2019

Ketua Pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello berkata kemasukan Zarco sebagai penunggang gantian kepada Nakagami yang terpaksa menjalani pembedahan bahu.


Zarco akan mula menunggang Honda RC213V dalam tiga perlumbaan selepas Nakagami menamatkan pusingan MotoGP di gelanggang halamannya sendiri iaitu di Jepun.

Menurut Johann Zarco, beliau merasa cukup gembira bila menerima tawaran tersebut. Zarco juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan KTM yang telah melepaskannya.

Philip Island,Australia akan menjadi litar penentuan bagi Zarco membuktikan kehebatan dirinya yang sebenar dan memulihkan imejnya yang malap bersama jentera KTM.


Litar Sepang dan terakhir di Valencia akan menjadi penentu samada Zarco yang kurang berprestasi atau jentera KTM yang bermasaalah.

Jadi peluang 3 pusingan terakhir musim MotoGP 2019 harus dimanfaatkan oleh Zarco bagi mengukuhkan lagi alasan penarikan dirinya dari Pasukan Red Bull KTM Tech3.

No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...