Luahan pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin tentang nasibnya yang bakal di hadapi pada tahun depan mendapat pembelaan Kementerian Belia dan Sukan(KBS).
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,Menteri Belia dan Sukan berkata, KBS melalui Litar Antarabangsa Sepang(SIC) akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada Hafizh.
KBS yang komited untuk membantu Hafizh Syahrin tidak ingin melihat bakat yang ada pada anak muda tersebut terkubur.
Apatah lagi melalui kariernya dalam bidang permotoran, Hafizh telah berjaya membuka mata peminat dunia permotoran serta pernah mengibarkan Jalur Gemilang di atas Podium.
Menurut Syed Saddiq, beliau telah berurusan dengan Ketua Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali. Permohonan bantuan telah pun dibuat dan saya telah meluluskannya,ujar Syed Saddiq.
Mengulas nasib Hafizh Syahrin yang akan beraksi di kelas Moto2 tanpa gaji, beliau menegaskan, pihak KBS sudah mengesahkan Hafizh akan tetap beraksi dalam kategori Moto2.
Syed Saddiq yang ditemui pemberita selepas melancarkan Kad Kenangan 'Gold Bar' Lagenda Sukan Negara Di Bawah Inisiatif Pengumpulan Dana Kempen Tabung Yakeb for X-Athlete di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment