Bandaraya Kuching yang hampir 2 tahun kesunyian dari acara permotoran, bakal di gegarkan semula pada tahun 2020 nanti.
Kuching International Bike Week yang di nanti-nantikan kemunculannya setiap dua tahun, kini telah mengesahkan kemunculan semula.
3rd Kuching International Bike Week(KIBW) dengan penganjuran terkini iaitu SAMA(Sarawak Motorcycle Association) dijangka akan membawakan kelainan dan acara lebih besar serta padat dari acara sebelumnya.
SAMA yang baru sahaja selesai dengan perlantikan ahli jawatankuasa baru, di mana Datin Sri Elly Zalilah Md Yusoff kekal sebagai Presiden. Juga beberapa muka baru dalam barisan jawatankuasa.
3rd KIBW pada bulan Julai 2020 nanti akan diselaraskan dengan Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan(Rainforest World Music Festival) yang juga diadakan pada bulan yang sama.
Rainforest World Music Festival(RWMF) ialah festival muzik tahunan yang meraikan kepelbagaian muzik dunia, Festival yang diadakan bermula tahun 2005 di Kuching, Sarawak.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dua acara besar ini jika diadakan serentak akan menambahkan lagi kemasukan pelancong.
Kedua acara ini merupakan identiti yang berbeza, namun jika kedua acara dijalankan serentak dan ianya saling menyokong .Ini kerana pemilik motosikal tidak lari dari dunia muzik.
Beliau berkata, kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang program termasuk KIBW untuk menjadi sebahagian daripada Kalendar Pelancongan Negeri.
No comments:
Post a Comment