Search This Blog

Friday, October 4, 2019

"Saya Tidak Dapat Bernafas 5 Saat" - Marquez


Punca Kemalangan Tayar Belakang Bocor
Marc Marquez mengakui, kemalangan berpunca dari kesilapan dirinya. Insiden ngeri semasa sesi latihan bebas 1 menyebabkan Marquez tidak dapat bernafas selama 5 saat.


Marc Marquez mengakui dia berasa sakit di keseluruhan badan selepas kejadian tersebut yang menyaksikan badannya melambung dan terhentak ke tanah.


Impak yang kuat menyebabkan leher dan belakang begitu sakit. Marquez telah di bawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan selanjutnya.

Keputusan imbasan MRI menunjukkan tiada sebarang keretakan tulang pada badan Marc Maruez. Dan beliau disahkan layak untuk berlumba serta dapat meneruskan latihan bebas 2.


Mengimbas kondisi sewaktu duduk di batu kerikil kerana tidak dapat bernafas selama lima saat. 'Saya rasakan seperti dua puluh saat " ujar Juara bertahan.


Mengulas tentang insiden kemalangan, Marquez berkata tayar yang digunakan ada lah tayar baru.Tetapi mungkin litar tidak dibersihkan dengan sempurna.

Tim Repsol Honda telah melakukan yang terbaik. Saya bukan setakat menghancurkan motosikal,malah memusnahkannya, tegas Marquez yang terpaksa menggunakan sebuah motosikal.


Memang mustahil bagi mekanik Tim Repsol Honda membaiki motosikal tersebut. Kerosakan begitu teruk dengan roda belakang terputus dari badan motosikal.






No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...