Search This Blog

Thursday, October 3, 2019

Kembali Ke MOTO 2 - Hafizh Syahrin




Menyertai Pasukan Angel Nieto Moto2 dan menggantikan Jake Dixon. Itu berita terkini tentang Hafizh Syahrin.

"kami belum menandatangani kontrak sepenuhnya. Mungkin pada hujung minggu ini saya akan menandatangani kontrak tersebut" ujar Hafizh di litar Buriram.

Pelumba MotoGP Malaysia yang pertama ini menegaskan, "Saya akan kembali ke Moto2 dan mungkin bukan cabaran baru, tetapi cabarannya sekarang adalah enjin berbeza,"

Jake Dixon - Tempatnya diambil alih oleh Hafizh
Hafizh cukup gembira kerana masih diberi kepercayaan dalam kejohanan Moto2.

Menurut beliau, peluang yang diberikan tidak akan disia-siakan dan berhasrat ingin kembali semula secepat mungkin ke kancah MotoGP.

Pengalaman di dalam MotoGP akan di terapkan bersama-sama dengan pasukan barunya itu. Dan beliau tidak menggangap tahun 2020 adalah mudah baginya.


Menjadi lima pelumba teratas di setiap perlumbaan.Itu hasrat Hafizh Syahrin bagi kejohanan Moto2 di musim 2020. Melangkah ke Podium sememangnya sasaran utama bersama pasukan baru.

Pasukan Angel Nieto Moto2 kini menggunakan casis KTM, Jentera Moto2 Angel Nieto belum diputuskan casis mana yang akan digunakan pada musim 2020.


Ini berikutan casis KTM tidak lagi digunakan pada musim depan, Pasukan terpaksa memilih samada mengunakan casis Kalex atau Speed ​​Up.

Hafizh menyerahkan segala keputusan kepada pasukan barunya dalam menyediakan motosikal bagi musim 2020.


No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...