Hanya nama Peugeot sahaja dikekalkan tetapi dimiliki oleh Mahindra dari India.
Terkini Mahindra Two Wheelers Europe mengawal sepenuhnya Peugeot Motocycles (sic), dengan pegangan 100 peratus.
Terdahulu Mahindra telah membeli sebahagian daripada bahagian motosikal Peugeot sebanyak 51 peratus pada Januari 2015.
Walaupun 100 peratus pegangan saham dimiliki oleh Mahindra namun Logo Peugeot tetap di kekalkan di motosikal.
Ini kerana Mahindra mempunyai perjanjian lesen perdagangan dengan Peugeot untuk menggunakan namanya. Peugeot akan terus bekerjasama dalam bidang penyelenggaran motosikal.
Pangkalan operasi syarikat juga akan kekal di Mandeure, Perancis. Dijangka dua tahun akan datang, tujuh motosikal model baru dalam perancangan pengeluarannya.
Naib Presiden Eksekutif Jenama Peugeot, Jean Philippe Imparato berkata"Keputusan pemegang saham ini akan memastikan Peugeot Motocycles mendapat manfaat daripada kepakaran dalam industri dua roda,"
"Kami di Peugeot akan mengekalkan komitmen melalui penggunaan jenama Peugeot dan memperluaskan sokongan kami kepada reka bentuk dan inovasi teknologi." ujar Jean Philippe Imparato
Rajesh Jejurikar ahli lembaga di Mahindra & Mahindra Ltd berkata"Kami melihat momentum positif di Motocycle Peugeot,"
No comments:
Post a Comment