Skuter Adventure terbaru dari Honda. Tetapi sayang sekali Malaysia bukanlah negara pilihan untuk menjadi negara pertama di rantau ASEAN perkenalkan Model Skuter penantian ramai.
Berkapasiti 150cc dan diilhamkan menerusi X ADV 750. Konsep sama seperti X-ADV 750 mampu meredah laluan off road.
Honda cukup pintar dalam kaji selidik bagi skuter kapasiti kecil. Kehadiran Honda ADV 150 dijangka menepati sasaran masa kini.
Apa Yang Menarik Tentang Honda ADV 150?
Skuter Adventure 150CC Terulung Di Dunia:
Model ini adalah versi dari abangnya iaitu X ADV 750. Skuter Automatik 150CC berbeza karekter dari X-ADV serta boleh d.ianggap menyaingi NVX dan NMAX.Karekter mereka hampr serupa.
Enjin satu silinder di pacu dengan talisawat transmisi CVT.
Futuristik Dan Moden Rekabentuk
Futursitik sehingga sesiapa yang melihatnya akan memanggil dengan pelbagai pangilan. Lampu utama jenis KED dan lekuk badan tampak agresif.
Kaki tidak akan terasa lenguh, di mana pemijaknya lebih luas dan penunggang terasa keselesaannya.
Terbaik Dari Segi Dimensi
Beberapa isu yang sentiasa dipertikai dan sering menjadi perhatian bagi mereka yang mencari varian skuter untuk kegunaan harian. Berat hanya 132 Kg keseluruhan. Panjang 1,950 dan lebar 763mm.
Sementara tinggi hanya 1.153mm.Tempat duduk tingginya hanya 795mm.Bersesuaian sebagai skuter yang berjaya menempuh laluan off road kurang ekstrim jarak kelegaan bumi adalah 165mm.
5 Warna Pilihan
Varian ini di tawarkan dengan 5 warna menarik.
Tough Matte Brown -CBS Type
Tough Matte Black - CBS Type
Tough Silver - CBS Type
Tough Red - CBS Type
Advance Red - ABS Type
ABS dan CBS
AV 150 lengkap dengan Anti Lock Braking System(ABS) dan Combi Brake System(CBS).
Beza antara ABS dan CBS.
ABS dapat mengelakkan roda hadapan dari terkunci apabila brek ditarik dengan kuat.
CBS merupakan kombinasi brek hadapan dan belakang yang diselaraskan untuk mengimbangi kadar kedua roda diperlahankan iaitu antara roda depan dan belakang.