Search This Blog

Wednesday, September 4, 2019

Tinggal 8 Hari Lagi - 1st DIBW 2019


Pejam celik-pejam celik rupa-rupanya tinggal 8 hari lagi untuk saksikan acara bersejarah dalam negara kita. Satu acara perhimpunan motosikal terbesar yang menjanjikan kelainan.

1st Desaru International Bike Week  bermula pada 13 hingga 16 Sept nanti,merupakan acara yang bakal menghimpunkan pemilik serta peminat motosikal dari dalam dan luar negara di Desaru.

NO COMPLAINTS, NO DIFFERENCE, 
                   NO BOUNDARIES.

Tag line yang sinonim dengan acara yang bakal di hidangkan buat pengunjung.Tag line yang menyantuni pelbagai jenis motosikal berkunjung. Tag line yang bakal menyatukan pemilik motosikal tanpa ada batasan.

Tim Promosi DIBW Dalam Perjalanan Ke Miri-Sarawak
Promosi yang meluas sehingga ke seluruh Negara Asean telah di lakukan. Media eletronik,media cetak memainkan peranan dalam mempromosikan acara yang julung kali diadakan.


Promosi jelajah ke seluruh Semenanjung serta di Borneo telah diadakan. Respon yang positif  dari grup,kelab mahupun pemilik motosikal.

Negeri Pulau Pinang merupakan penutup tirai siri jelajah promosi DIBW 2019 di semenanjung. Siri jelajah promosi peringkat semenanjung dibahagikan mengikut zon bermula pada bulan Jun lalu.

Melaka-Destinasi Pertama Promosi DIBW
Zon Selatan merupakan  yang terawal di kunjungi. Di ikuti dengan Zon Pantai Timur dan berakhir di Zon Utara.

Penerangan dan penjelasan oleh tim promosi di setiap lokasi yang di kunjungi memberi kesan dan impak kepada pengunjung.

Buktinya hotel,rumah tumpangan sekitar Desaru habis di tempah. Situasi yang sama turut menular di daerah berdekatan sehingga ke Bandaraya Johor Bharu.

Tim Promosi Ziarah OKU Di Melaka
Tim promosi juga turut membuat kerja amal hampir disetiap lokasi yang disinggah. Melawat serta menderma kepada orang kurang upaya,anak yatim dan juga sekolah tahfiz.

Kelab dan grup dari luar negara iaitu Eropah,Thailand,Singapura,Brunei,Kemboja,Vietnam Filipina, Indonesia,New Zealand dan Amerika Syarikat antara yang akan turut hadir.



Acara yang bakal menghidangkan pengunjung di sepanjang 25km Pantai Desaru dengan trend terkini dalam pakaian, pelbagai jenis motosikal serta banyak lagi.

Acara yang anda tidak boleh ketinggalan. Di persisiran Pantai Desaru.

Luangkan waktu anda dan sertailah acara perhimpunan motosikal terbesar dalam sejarah di negara kita.












No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...