Ducati Panigale V4 R membuat kemunculannya dalam Perlumbaan Endurance di Bol D'Or baru-baru ini. Namun bernasib malang akibat kegagalan mekanikal.
Radiator Besar , itu punca yang menyebabkan kegagalan Panigale V4 R menamatkan perlumbaan Endurance di Magny-Cours.
Menarik juga kerana ternyata motor Ducati V4 sangat sensitif terhadap suhu.
Uniknya ini bukan kerana enjin terlalu panas, tetapi kerana saiz radiator terlalu besar dan mengakibatkan suhu minyak terlalu sejuk.
Pasukan Hertrampf Racing Endurance akhirnya terpaksa mengundurkan diri dari perlumbaan. Ini memungkinkan kerosakan akan menjadi lebih serius jika perlumbaan di teruskan.
Insiden ini berpunca ketika berlumba di Bol D'or dan cuaca di Magny-Cours sejuk.Tekanan minyak tidak dapat mencapai tahap yang diperlukan.
Ini berlaku apabila minyak membeku lantaran cuaca sejuk.
Namun dengan insiden yang tidak dijangka ini, Ducati Panigale V4 R terpaksa menjalani beberapa perubahan untuk digunakan dalam siri FIM EWC,
Kenyataannya tangki bahanapi yang lebih besar diperlukan.
https://youtu.be/b50skIOSIRI
No comments:
Post a Comment