Search This Blog

Thursday, September 12, 2019

African Twin 2020 Enjin Berkuasa 1084CC



Bulan Julai lalu , Honda telah mengeluarkan video di kenali sebagai model 'True Adventure'.
Ianya dijangka menaik taraf  Africa Twin baru iaitu CRF 1100L.


Menurut sumber yang Tester terima, memang sah model CRF 1100L menggunakan enjin 1084cc.
Model ini datang dalam dua pilihan iaitu transmisi manual atau dual klac.

Selain itu Honda juga memberi pilihan kepada bakal pemilik samada berminat kepada versi biasa atau adventure.

Enjin 1084cc menghasilkan 101 hp pada 7500 rpm, manakala enjin 998cc sebelumnya disahkan pada 94 hp.

CRF1100L punyai gaya sama seperti CRF1000L. Keterampilan CRF110L jelas nampak 'Gah' pada fairing. Windshield agak kecil jika dibandingkan model sebelumnya.


Bingkai nampak baru, Subframe jugak diluaskan agar mudah untuk dikeluarkan bagi tujan pembaikan atau keluarkan jika rosak.

Hand guard ketara berbeza dengan model lalu. Honda Africa Twin CRF 1100L mempunyai tangki bahan api lebih besar dari model CRF1000L.

Bila kemunculan model ini di negara kita?

Isu tersebut rasanya terlalu awal untuk di persoalkan. Tiada desas desus dari Boon Siew Honda Malaysia berhubungkait model ini.





No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...