BENDA Asura 400, pelik benar bunyi jenama motosikal yang bakal mencelikkan mata peminat versi Naked. Rasanya peminat versi Naked akan tergelak bila mendengar nama motosikal ini.
Melihat dari foto-foto yang di terima, Tester dapat mengagak motosikal ini seolah-olah ciplak ilham cipta dari Eropah. Ini kerana bentuk badan,aksesori serta menjurus kearah model Ducati Diavel.
Versi Naked kelas pertengahan. Hanya 400cc,tetapi jangan dipandang sebelah mata.
Pelbagai instrumen terkini yang dipasang pada BENDA Asura 400 mempunyai maksud yang tersendiri, Seolah ada mesej yang ingin disampaikan oleh pereka motosikal.
Walaupun model ini belum pasti masuk ke negara kita, mari kita tengok komponen yang menarik terdapat pada versi Naked bakal mencuit hati peminat dua roda.
1. Lampu Depan Seperti Mata Robot
2.Penggantungan terbalik mengikut kehendak peminat
3.Brek depan menggunakan dwi cakera
4.Speedometer menggunakan TFT
5.Penapis udara diperbuat daripada bulat biru berkilat
6.Swingarm belakang besar
7.Rim yang Artistik
8.lampu belakang di mud guard
9.Kusyen Pendek
10.Kusyen pembonceng agak menyiksakan
11.Tangki bahan api agak besar
12.Ventilasi Udara
13.Keterampilan nampak garang
BENDA Asura 400 dengan enjin dua silinder 389cc. Kuasa maksima ialah 27 kw. Tork maksima 32 Nm.
Maksima bahanapi ialah 16 liter. Dan Kelajuan maksimum ialah 160 km/j sementara berat motosikal ialah 203 kg.
No comments:
Post a Comment