Search This Blog

Monday, September 9, 2019

Ducati Multistrada 1260GT Dengan Teknoloji Terkini ?



Ducati Multistrada 1260GT baru dengan 'Radar Kawalan Menunggang' ? Adakah ini akan menjadi kenyataan?

Heboh di kalangan media barat, isu Ducati akan melancarkan  Ducati Multistrada 1260GT dengan teknoloji baru.

Hasrat Ducati ingin menjadi pengeluar yang ulung di pasaran dengan teknoloji " Radar Kawalan Menunggang".


Ducati akan melancarkan versi baru Multistrada pada akhir tahun ini tetapi ia tidak akan menjadi V4. Sebaliknya model baru, yang digelar 1260GT.

Model ini tiada banyak perbezaan dengan versi yang sebelumnya dari segi berat dan dimensi. Diperkatakan ianya menjurus ke arah versi semasa di penuhi dengan aksesori terkini.


Pengurus Inovasi Kenderaan di Ducati, Pierluigi Zampieri berkata, "kami berusaha keras untuk menjadi yang pertama memasang Sistem Radar dan kami harus berjaya,"

Dijangkakan Ducati akan memperkenalkan 1260GT pada bulan Oktober. Dan kemungkinan model ini akan tiba di premis wakil penjual Ducati  menjelang musim bunga.


Sumber: MCN






No comments:

Islamik,Berdisplin,Muafakat - Melaka Lady Bikers

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Intergriti ahli serta pemimpi...