Honda CX 500 keluaran tahun 1978. Pernahkah peminat motosikal mengetahui akan kehadiran model ini ke negara kita?
Jawapannya tidak dan mungkin juga hanya mendengar.Namun kelibat jentera berusia 41 tahun tersebut sememangnya tidak pernah terlihat oleh kita.
1st Desaru International Bike Week walaupun julung kali diadakan tetapi kemunculan acara perhimpunan terbesar motosikal bagi tahun 2019 ini telah membuka mata dan minda.
Kenyataan tersebut berdasarkan kemunculan model Honda CX 500. Model yang tidak pernah mendapat liputan mengenai kemunculannya di pasaran dalam negara kita.
Mengkagumkan dan cukup cantik sekali model ini, walaupun usia hampir setengah abad namun pemiliknya berjaya mengekalkan keaslian seperti mana keluaran kilang.
Bermula dari model-model keluaran British dan kini beralih arah kepada motosikal dari negara Jepun. Itu lah Raja Hanif Raja Hassan, pemilik Honda CX 500.
Beliau merupakan pengumpul motosikal 'Rare'. Menyentuh tentang Honda CX 500, sentuhan Raja Hanif membuahkan hasil yang lumayan. Kemas,rapi dan menawan.
Hanya sebuah sahaja di Malaysia.Menurut beliau lagi motosikal tersebut bukan saja untuk pameran,malah beliau juga kerap menunggang jika masa mengizinkan.
Penglibatan Raja Hanif secara langsung di acara DIBW 2019 setelah mendapat jemputan bagi mempamerkan motosikalnya di ruang pameran motosikal.
Tinjauan secara rambang kepada pengunjung di ruang pameran motosikal DIBW 2019, masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan Honda CX 500 serta pemiliknya.
Kesimpulannya acara DIBW 2019 berjaya mencungkil khazanah tersembunyi.
Lahir dari keluarga yang sebati dengan dunia permotoran, Raja Hanif merupakan penyambung legasi. Sokongan keluarga adalah sumber inspirasi.
Harley Davidson keluaran 1947, Honda CB 900F, Yamaha YA 6 (1 dalam Asia) dan banyak lagi semuanya berkategori klasik. Itu antara koleksi motosikal yang dimliki oleh Raja Hanif.
Beliau turut menyokong acara DIBW 2019 yang bukannya khusus untuk peminat motosikal, malah menarik minat rakyaat Negeri Johor dalam bidang automotif.
Hasil sentuhan Raja Hanif sekali membuahkan kejayaan.
Honda CX 500 model 1978 kepunyaan beliau telah diumumkan sebagai pemenang " Persembahan Terbaik Pengumpul Motosikal" diruang Pameran Motosikal sempena 1st DIBW 2019.
Nampaknya matlamat 1st Desaru International Bike Week berhasil,selain mengumpulkan pemilik motosikal malah berjaya mencungkil rahsia tersembunyi seorang pengumpul motosikal.
No comments:
Post a Comment